RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 24 Julai 2024

WorldSBK: Menang Kali ke-10 Berturut-turut! Toprak Razgatlioglu Sapu Bersih Litar Czech

Pelumba Turki, Toprak Razgatlioglu menunjukkan dominasi yang sukar dipercayai apabila meraih kemenangan ke-10 berturut-turut. Seperti yang dia nyatakan dalam sesi sidang media sebelum ini, "Saya ingin menang di semua perlumbaan!" Maka, dia telah lakukan di Litar Czech baru-baru ini dengan memenangi saingan Superpole, Perlumbaan 1 dan Perlumbaan 2. Toprak turut memecah rekod lap terpantas dengan catatan masa 1'30.064s yang dilakukannya pada sesi Superpole.

Sebelum memenangi ketiga-tiga perlumbaan, Toprak juga merupakan pelumba terpantas untuk sesi Latihan Bebas 1, Latihan Bebas 2, Latihan Bebas 3, Tissot Superpole dan di Sunday’s Warm Up.

Ketika dalam saingan Superpole, Toprak mulanya agak ketinggalan. Nicolo Bulega dan rakan sepasukannya Alvaro Bautista bermula dengan baik untuk memimpin perlumbaan tetapi kedudukan tersebut hanya seketika apabila Toprak hanya perlukan beberapa lap sahaja untuk memintas kedua-dua pelumba itu.

Walaupun diberi tentangan, Toprak kelihatan cukup selesa di depan sehinggalah bendera penamat dikibarkan. Bulega kemudiannya telah diberi tekanan oleh Alex Lowes yang berjaya menambah mata penting sebagai pemenang tempat ketiga.

Danilo Petrucci (kanan, suit merah) memeluk Andrea Iannone selepas berjaya mendapatkan podium.
Danilo Petrucci (kanan, suit merah) memeluk Andrea Iannone selepas berjaya mendapatkan podium.
Andrea Iannone sedang memimpin kelompok kedua.
Andrea Iannone sedang memimpin kelompok kedua.

Skrip untuk Perlumbaan 1 dah 2 juga tidak jauh berbeza. Toprak ketinggalan di peringkat awal tetapi memecut bagaikan roket untuk muncul juara dengan kelebihan masa yang cukup selesa.

Remy Gardner berjaya menahan setiap serangan untuk menamatkan perlumbaan di tempat keempat.
Remy Gardner berjaya menahan setiap serangan untuk menamatkan perlumbaan di tempat keempat.
Dua pelumba Yamaha, Andrea Locatelli '55' dan Remy Gardner bertarung sengit dalam Perlumbaan 2 untuk tempat ketiga.
Dua pelumba Yamaha, Andrea Locatelli '55' dan Remy Gardner bertarung sengit dalam Perlumbaan 2 untuk tempat ketiga.

Danilo Petrucci yang cuba sedaya upayanya memberi saingan akhirnya akur dengan kepantasan lawannya untuk menang di tempat kedua. Tempat ketiga menjadi milik seorang lagi pelumba 'otai', Andrea Iannone.

Dalam saingan kedua, pelumba pasukan Yamaha iaitu Andrea Locatelli akhirnya mendapat rentak seperti yang dia harapkan untuk menamatkan perlumbaan di tempat ketiga, di belakang Bulega yang gagal ditawaskannya.

Andrea Locatelli.
Andrea Locatelli.

Dengan kecemerlangan yang sedang dipamerkan, Toprak kini berada di tangga teratas dengan 303 mata, 64 mata di hadapan Nicolo Bulega di tangga kedua manakala juara bertahan, Alvaro Bautista kini di tangga ketiga dengan 199 mata. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Hakim Danish Gegarkan SIC. Nyaris Podium Di Laman Sendiri

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Marc Marquez Kembali di Pucak Selepas Menang di Misano!

Hakim Danish Bangkit Dari Petak Ke-25

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Global: Honda CBR500R FOUR Serba Baru Diperkenalkan

Honda Eropah baru sahaja memperkenalkan model sport baru iaitu CBR500R FOUR yang kini hadir dengan enjin 4 silinder sebaris dan sistem E-Clutch yang sudah pasti menjanjikan kemantapan tunggangan di jalanan biasa, laluan berselekoh mahupun di dalam litar.

Warta Roda

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha Blu Universe pertama di Malaysia

Model Baru

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

KTM 790 Duke 2027 dikatakan akan di bawa masuk ke pasaran negara tahun hadapan.

Pandu Uji

Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

Sempena penganjuran Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026, pihak media turut diberi peluang menyertai acara edisi kedua itu dengan menunggang Kawasaki KLE500.