RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 8 Ogos 2024

KOVE Malaysia Racing Team Sedia Hadapi Cabaran Sukar di Thailand!

KOVE Malaysia Racing Team hari ini telah berangkat ke Thailand sempena perlumbaan Asia Cross Country Rally 2024 (AXCR2024) yang bakal diadakan di Thailand.

Rali berprestij ini berlangsung selama enam hari bermula daripada 12 sehingga 17 Ogos 2024 dari Surat Thani ke Kanchanaburi yang merangkumi perjalanan mencabar dan mendebarkan di jalan raya biasa termasuk offroad di beberapa kawasan terpencil pada jarak lebih daripada 2,000 kilometer.

Selamat berjuang Hazim!
Selamat berjuang Hazim!

Mewakili pasukan KOVE Malaysia adalah Hazim Hayazi, pelumba motosikal lasak yang muda dan berbakat yang telah meraih beberapa kejayaan penting dalam pencapaian sukan lasak ini seperti Juara Kelas-C di GIVI Rimba Raid 2023, Juara ‘King of Royal Rumble’ dalam Royal Rumble Hard Enduro Rider 2023, Tempat ketiga keseluruhan di WRC Orange Enduro 2023 dalam Kategori Terbuka dan tempat keempat (Kelas C) di Gamuda Gardens Advenduro-X 2024.

Untuk AXCR2024, Hazim akan menunggang KOVE 450 Rally, dilengkapi dengan sistem navigasi ‘roadbook’ yang canggih serta kit perlumbaan yang mirip kepada perlumbaan Dakar-Rally. Hazim juga akan disertai dan disokong oleh dua juruteknik muda yang berpengalaman dari bahagian teknikal dan logistik KOVE Racing Team.

KOVE Malaysia Racing Team adalah pasukan perlumbaan lasak baru, diinspirasikan oleh kejayaan cemerlang pasukan prinsipal perlumbaan KOVE yang telah menguasai peringkat motosikal rali di kejuaraan Taklimakan Rally di China. Penyertaan ini juga merupakan satu penghormatan istimewa memandangkan KOVE Malaysia Racing Team adalah satu-satunya wakil tunggal negara dalam acara yang berprestij ini.

Info: Perlumbaan AXCR2024 disahkan oleh FIA ini terkenal dengan laluan yang sukar dan mencabar. Para peserta dibahagikan kepada kategori untuk saingan kereta dan motosikal dengan kuasa dan spesifikasi tertentu. Sasaran pasukan Malaysia pada kali ini juga bukan sahaja sekadar untuk menamatkan perlumbaan semata-mata, tetapi akan mencari peluang memenangi beberapa pusingan dalam jadual rali AXCR2024 ini.

RR mengucapkan selamat maju jaya kepada Hazim Hayazi dan seluruh pasukan KOVE Malaysia Racing dalam AXCR2024 ini. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Hakim Danish Gegarkan SIC. Nyaris Podium Di Laman Sendiri

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Marc Marquez Kembali di Pucak Selepas Menang di Misano!

Hakim Danish Bangkit Dari Petak Ke-25

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha Blu Universe pertama di Malaysia

Warta Roda

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Voge DS800X Rally akhirnya tiba ke pasaran negara.

Model Baru

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Kawasaki melangkah ke era lebih menarik dengan memperkenalkan Versys 900 2027, sebuah motosikal sport-touring yang menggabungkan enjin 948cc, empat silinder sebaris yang berkuasa 120hp pada 9,500rpm dan tork 9.3Nm pada 8,000rpm.

Pandu Uji

KOVE 800X GT: Best Untuk Kembara...Syok Di Selekoh

Untuk model yang baru sahaja saya pick-up iaitu KOVE 800X GT, saya rasa lebih baik kalau dibawa keluar jauh. Bukan setakat pusing-pusing bandar.