RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 19 Ogos 2024

Pecco Menang di GP Austria, Ungguli Semula Kedudukan Teratas Keseluruhan

Juara dunia bertahan, Francesco Bagnaia (Pecco) dari Ducati Lenovo Team mempamerkan tunggangan bergaya untuk bergelaran juara di MotoGP Austria selepas meraih kemenangan di acara perlumbaan pecut pada hari sabtu sekaligus menempatkan beliau di tangga teratas keseluruhan dengan kutipan 275 mata.

Pelumba Pramac Racing, Jorge Martin yang menamatkan perlumbaan di tempat kedua kini di tangga kedua keseluruhan dengan jurang 5 mata di antara pendahulu. Manakala Enea Bastianini yang juga pasukan Ducati Lenovo Team melengkapkan kedudukan di podium.

Dari kiri: Martin, Pecco & Bastianini.
Dari kiri: Martin, Pecco & Bastianini.

Bermula di petak pertama, Jorge Martin melakukan holeshot untuk mendahului perlumbaan diikuti Pecco di belakangnya dan Bastianini di kedudukan ketiga. Walaubagaimanapun, pelumba dari Itali itu berjaya memintas Martin setibanya di pusingan kedua perlumbaan. Kedudukan tiga pelumba teratas kekal sehingga penamat.

Sementara itu, terdapat beberapa drama di mana pada pusingan pembukaan peranti holeshot Marc Marquez (Gresini Racing MotoGP) mengalami masalah teknikal yang menyebabkan dia bermula dengan perlahan dan seterusnya telah melanggar Morbidelli (Prima Pramac Racing) di selekoh pertama. Kedua-duanya terkeluar dari litar dan jatuh di tangga ke-13 dan 17.

Gandingan pasukan KTM menyaksikan perebutan tempat keempat oleh Jack Miller dan Brad Binder. Berbaki lagi 22 pusingan, Binder telah memintas Miller yang membuatkan pelumba dari Australia itu perlu menahan kemaraan Marco Bezzecchi (Pertamina Enduro VR46 Racing Team). Pada pusingan kelapan, Bezzecchi berjaya memintas Miller untuk merampas kedudukan kelima. Marquez pula memintas Aleix Espargaro pada pusingan yang sama untuk naik ke kedudukan ketujuh.

Sejak dari itu, Marquez cuba mengejar Miller dan mereka bertembung sedikit di selekoh kedua pada pusingan kesepuluh. Namun, Miller telah terbabas sendiri pada pusingan seterusnya dan membuatkan Marquez naik ke kedudukan keenam dengan mudah.

Ketika ini Pecco masih mendahulu di hadapan Martin dan Bastianini beberapa saat di belakangnya. Marquez kemudian memotong Bezzecchi pada pusingan ke-17 sebelum memintas Binder pada pusingan seterusnya. Hingga akhir perlumbaan, Pecco melepasi garisan penamat dengan bergaya diikut Martin dan Bastianini. Marquez yang melakukan kesilapan pada awal perlumbaan berjaya menamatkan saingan di temoat keempat. Manakala Binder menjadi pelumba KTM terbaik dengan menduduki tempat kelima.

Pelumba Monster Energy Yamaha Motogp iaitu Alex Rins dan Fabio Quartararo masing-masing di tempat ke-16 dan ke-18. Sementara itu, Joan Mir (Repsol Honda Team) masih lagi mencari rentak dan menamatkan saingan di tangga  ke-17. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Hakim Danish Gegarkan SIC. Nyaris Podium Di Laman Sendiri

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Marc Marquez Kembali di Pucak Selepas Menang di Misano!

Hakim Danish Bangkit Dari Petak Ke-25

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha Blu Universe pertama di Malaysia

Model Baru

Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

Ducati terus menhangatkan pasaran superbike dengan melancarkan Panigale V4 S 2027, sebuah jentera sport yang menggabungkan enjin Desmosedici Stradale V4, Sistem Saspensi Elektronik Öhlins dan rekabentuk aerodinamik yang diinspirasikan daripada dunia perlumbaan.

Model Baru

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

Honda global melancarkan model serba baharu iaitu CRF1150L Africa Twin Enduro Sports.

Warta Roda

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Boon Siew Honda Sdn. Bhd. memperkenalkan Honda ADV160 Trico Edition dengan Honda RoadSync, yang menampilkan corak warna merah, putih dan biru yang telah membawa semangat perlumbaan Honda sejak sekian lama.