RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 30 Ogos 2024

Somkiat Chantra, Pelumba Pertama Thailand Ke Persada MotoGP

Somkiat Chantra akan menjadi pelumba pertama dari Thailand yang akan bersaing dalam kelas MotoGP bermula 2025, bersama pasukan LCR Honda.

Chantra, pemenang perlumbaan dua kali Moto2 dalam Grand Prix Indonesia 2022 dan Grand Prix Jepun 2023, berkata dia mendapat tahu dia akan menjadi pelumba MotoGP pada minggu selepas Grand Prix Austria tahun ini. “Saya sangat gembira apabila saya tahu bahawa saya akan pergi ke MotoGP bermula tahun depan, saya sangat gembira. Saya menangis, menelefon ibu saya.” Chantra.

Chantra 'kiri' bergambar kenangan bersama Pengurus Pasukannya, Lucio Cecchinello.
Chantra 'kiri' bergambar kenangan bersama Pengurus Pasukannya, Lucio Cecchinello.
Somkiat Chantra 'kiri' bersama Aleix Espargaro.
Somkiat Chantra 'kiri' bersama Aleix Espargaro.

Turut diumumkan bahawa Litar Buriram akan menjadi tuan rumah untuk perlumbaan pembuka tirai Kejuaraan Dunia MotoGP 2025. Inilah peluang keemasan buat Chantra memulakan kerjaya dalam MotoGP di tanahairnya sendiri.

Pada masa yang sama, pasukan LCR Honda turut mengumumkan pelumba mereka, Takaaki Nakagami akan meninggalkan pasukan pada penghujung musim ini. Walaupun begitu, pelumba Jepun itu akan menjadi 'Development Rider' untuk HRC pada 2025.

Takaaki Nakagami.
Takaaki Nakagami.

Selepas tujuh musim dedikasi yang tidak berbelah bahagi dan kerjasama yang sengit, Nakagami bersetuju untuk memulakan lembaran baharu dalam kariernya. Perlumbaan yang akan datang pada 2024 akan menjadi yang terakhir dengan LCR, tetapi legasinya akan terus memberi inspirasi kepada generasi pelumba. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Hakim Danish Gegarkan SIC. Nyaris Podium Di Laman Sendiri

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Marc Marquez Kembali di Pucak Selepas Menang di Misano!

Hakim Danish Bangkit Dari Petak Ke-25

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha Blu Universe pertama di Malaysia

Warta Roda

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Voge DS800X Rally akhirnya tiba ke pasaran negara.

Warta Roda

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Wow...katanya para peminat dua roda tanahair bakal mempunyai satu lagi pilihan menarik apabila sebuah jenama motosikal dijangka akan hadir ke pasaran negara dengan mengenengahkan skuter berkonsepkan retro.

Dari Litar

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marco Bezzecchi mencuri tumpuan apabila menjuarai Grand Prix Indonesia di Litar Antarabangsa Mandalika, sekali gus menghidupkan semula cabarannya dalam perebutan gelaran dunia MotoGP 2026.