RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 2 September 2024

Akid Semakin Gah di Atas

Tahniah buat Akid Aziz (PETRONAS Sprinta Yamaha - CKJ Racing) meraih kemenangan dalam pusingan ketujuh Kejuaraan PETRONAS MAM Malaysian Cub Prix di Litar Lumba Tangkak, Johor dalam kelas perdana. Dengan kejuaraan itu sekali gus meletakkan dia lebih gah di kedudukan teratas keseluruhan.

Selepas menamatkan sesi Super-Pole, Akid mencatatkan masa terpantas 43:350s untuk meletakkan dirinya di petak pertama dalam perlumbaan akhir. Manakala pelumba Honda Estremo Yuzy Racing, Shahrol Syazras Shahrol Yuzy di kedudukan kedua dengan 43:452s dan diikuti Kasma Daniel Kasmayudin dari PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor dengan 43:567s.

Sebaik sahaja perlumbaan akhir bermula, Kasma dan Shahrol Syazras terus memecut laju kehadapan diikuti Akid di tangga ketiga dan rakanya Afif Amran di kedudukan P4.

Akid kemudian berjaya merampas kedudukan pendahulu dari Kasma Daniel pada pusingan ketiga. Tidak lama selepas itu, Shahrol Syazras dan Afif pula memintas Kasma untuk perebutan tempat kedua.

Masuk sahaja pusingan ke-15, Kasma terus menyambar kedudukan kedua selepas berjaya mencari ruang untuk memintas Shahrol Syazras dan Afif. Walaubagaimanapun, kedudukannya tidak bertahan lama dan kembali ke P4 selepas terjatuh.

Sehingga ke akhir perlumbaan, Akid melepasi garisan penamat selaku juara dengan catatan masa 14'33:374s. Rakanya, Afif turut berkongsi podium untuk berada di tempat kedua (14,37:813s) dan Shahrol Syazaras di tangga ketiga dengan catatan 14'38:478s. Manakala Kasma terpaksa berpuashati selepas menamatkan saingan di tempat keempat. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Hakim Danish Gegarkan SIC. Nyaris Podium Di Laman Sendiri

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Marc Marquez Kembali di Pucak Selepas Menang di Misano!

Hakim Danish Bangkit Dari Petak Ke-25

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

Honda global melancarkan model serba baharu iaitu CRF1150L Africa Twin Enduro Sports.

Warta Roda

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha Blu Universe pertama di Malaysia

Model Baru

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

KTM 790 Duke 2027 dikatakan akan di bawa masuk ke pasaran negara tahun hadapan.

Model Baru

Global: Honda CBR500R FOUR Serba Baru Diperkenalkan

Honda Eropah baru sahaja memperkenalkan model sport baru iaitu CBR500R FOUR yang kini hadir dengan enjin 4 silinder sebaris dan sistem E-Clutch yang sudah pasti menjanjikan kemantapan tunggangan di jalanan biasa, laluan berselekoh mahupun di dalam litar.