RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 12 September 2024

Pembangunan enjin MotoGP bakal dibeku sehingga 2027?

Seperti yang kita semua tahu, untuk musim 2027 nanti, enjin 850cc serba baru akan diperkenalkan di MotoGP. Maka, dikhabarkan bahawa pembangunan untuk rekaan bahagian enjin dijangka akan dibekukan. Untuk isu ini, satu keputusan rasmi akan dimuktamadkan.

Gambar sekadar hiasan.
Gambar sekadar hiasan.

Menurut laporan http://Motorsport.com, langkah itu akan disahkan pada mesyuarat Suruhanjaya Grand Prix seterusnya, yang dijangka berlangsung sebelum GP Emilia Romagna (Litar Misano) yang dijadualkan pada 20 hingga 22 September ini.

Spekulasi bahawa Yamaha berada di peringkat lanjut untuk membangunkan enjin V4 untuk diperkenalkan di bawah peraturan semasa. Potensi pembekuan itu tidak akan menjejaskan pengeluar motosikal dari Iwata, sekurang-kurangnya buat masa ini.

Catatan masa Fabio Quartararo '20' nampaknya semakin baik.
Catatan masa Fabio Quartararo '20' nampaknya semakin baik.

Pembekuan ini juga dikecualikan untuk pengeluar motosikal yang mempunyai tahap konsesi pembangunan yang sangat tinggi. Pembangunan dari segi keselamatan juga boleh dibenarkan pengecualian. Peraturan ini sebenarnya bertujuan untuk mengurangkan/mengekang perbelanjaan para pengeluar khususnya dari segi penjanaan kuasa enjin semasa dalam masa dua tahun terakhir ini.

Gambar sekadar hiasan.
Gambar sekadar hiasan.

Dengan adanya arahan pembekuan, ia membolehkan mereka (pengeluar) memberi tumpuan kepada pembangunan enjin jentera 850cc yang lebih penting untuk masa depan yang pastinya memerlukan kos yang tinggi. Disebabkan pembekuan itu, homologasi enjin untuk musim 2025 juga dijangka lewat daripada biasa. Tidak mustahil ia 'tertangguh' sehingga tibanya pembukaan musim baru yang dijadualkan pada 28 Februari hingga 2 Mac tahun hadapan di Thailand.

Untuk musim 2027 nanti, antara pembaharuan yang akan berlaku ialah Pemansuhan elemen aerodinamik dan peranti. Sama-sama kita nantikan pengumuman rasminya. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Hakim Danish Gegarkan SIC. Nyaris Podium Di Laman Sendiri

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Marc Marquez Kembali di Pucak Selepas Menang di Misano!

Hakim Danish Bangkit Dari Petak Ke-25

Disyorkan untuk anda

Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

Warta Roda

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Menurut pihak MForce selaku pengedar rasmi jenama VOGE di Malaysia, kelewatan proses pemasangan model VOGE SR450X di Malaysia adalah disebabkan pihak VOGE telah membuat penambahbaikan ke atas bahagian tangki bahan api.

Model Baru

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

Honda global melancarkan model serba baharu iaitu CRF1150L Africa Twin Enduro Sports.

Dari Litar

Hakim Danish Gegarkan SIC. Nyaris Podium Di Laman Sendiri

Muhammad Hakim Danish Ramli membuktikan bahawa dirinya mempunyai semangat juang luar biasa apabila menamatkan perlumbaan Moto3 Grand Prix Malaysia 2026 di tempat keempat di Litar Antarabangsa Sepang (SIC).