RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 30 September 2024

Jorge Martin Makin Dekat Bergelar Juara Dunia

Jorge Martin menggegarkan Litar Antarabangsa Mandalika semalam dengan kecemerlangannya mencipta kemenangan yang cukup berharga. Ini juga merupakan kejayaan pertama Martin di GP Indonesia selepas tersingkir pada edisi 2022 dan 2023. Martin meraih 25 mata yang sangat penting dalam usahanya mencari takhta Juara MotoGP musim ini.

Juara GP Indonesia, Jorge Martin.
Juara GP Indonesia, Jorge Martin.

Permulaan yang sempurna memberikan kelebihan buat Martin untuk memimpin perlumbaan. Pedro Acosta dan Enea Bastianini rapat di belakang tetapi Francesco Bagnaia 'tersepit' di belakang bersama Marco Bezzecchi dan Franco Morbidelli. Drama di Lap 1 memperlihatkan empat pelumba iaitu Jack Miller, Alex Marquez, Aleix Espargago dan Luca Marini terlibat dalam kemalangan di Selekoh 3.

Permulaan yang sempurna oleh Martin memberikan peluang untuk memecut ke hadapan lebih awal.
Permulaan yang sempurna oleh Martin memberikan peluang untuk memecut ke hadapan lebih awal.
Situasi makin suntuk buat Francesco Bagnaia untuk mempertahankan kejuaraannya.
Situasi makin suntuk buat Francesco Bagnaia untuk mempertahankan kejuaraannya.
Johann Zarco tamatkan saingan antara 10 pelumba terbaik.
Johann Zarco tamatkan saingan antara 10 pelumba terbaik.
Luca Marini antara 4 pelumba yang terlibat dalam insiden pada lap pembuka tirai.
Luca Marini antara 4 pelumba yang terlibat dalam insiden pada lap pembuka tirai.

Kelompok ketiga melibatkan Fabio Di Giannantonio dan Marc Marquez yang pada mulanya memang cukup sengit tetapi Giannantonio hilang kawalan tidak lama kemudian manakala Marquez pula turut bersara awal akibat masalah teknikal.

Fabio Quartararo.
Fabio Quartararo.

Martin yang sudah berjaya membuka jarak manakala Acosta diberikan tentangan hebat oleh Morbidelli, Bastianini dan Bagnaia. Bastianini terbabas pada Lap 21 - pelumba selamat! Namun begitu, dia kini ketinggalan 70 mata di belakang Martin! Lap 22 menunjukkan kemaraan Pecco yang berjaya memintas Bezzecchi dan Morbidelli. Acosta masih jauh di depan tetapi Pecco tetap berusaha gigih untuk merapatkan diri.

Brad Binder, tempat kelapan di GP Indonesia.
Brad Binder, tempat kelapan di GP Indonesia.
Pertarungan sengit di antara Bastianini & Marquez.
Pertarungan sengit di antara Bastianini & Marquez.

Martin tidak mampu lagi dikejar oleh 'musuh-musuh'nya dan menerima kibaran bendera penamat 1.404s di hadapan pelumba rookie, Acosta di tempat kedua. Bagnaia di tempat ketiga untuk menerima 16 mata penambah dalam kutipan keseluruhan. Tempat keempat menjadi milik Morbidelli yang semakin serasi dengan jenteranya.

Raul Fernandez sekali lagi menunjukkan semangat juang yang tinggi.
Raul Fernandez sekali lagi menunjukkan semangat juang yang tinggi.

Melengkapi kedudukan 10 pelumba terbaik di GP Indonesia tahun ini ialah Bezzecchi, Maverick Vinales (ke-6), Fabio Quartararo (ke-7), Brad Binder (ke-8), Johann Zarco (ke-9) dan Raul Fernandez di tempat ke-10. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Hakim Danish Gegarkan SIC. Nyaris Podium Di Laman Sendiri

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Marc Marquez Kembali di Pucak Selepas Menang di Misano!

Hakim Danish Bangkit Dari Petak Ke-25

Disyorkan untuk anda
Model Baru

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

KTM 790 Duke 2027 dikatakan akan di bawa masuk ke pasaran negara tahun hadapan.

Model Baru

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Didi Group, pengimport dan pengedar tunggal Aprilia di Malaysia, memperkenalkan model istimewa Aprilia RS 457 GP Replica sempena PETRONAS Grand Prix of Malaysia 2026 di Litar Antarabangsa Sepang pada 30 Oktober lalu. Lebih istimewa, majlis pelancaran tersebut turut diserikan dengan kehadiran pelumba Aprilia Racing MotoGP, Marco Bezzecchi.

Warta Roda

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Voge DS800X Rally akhirnya tiba ke pasaran negara.

Dari Litar

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

PETRONAS Grand Prix of Malaysia 2026 bakal kembali berlangsung di Litar Antarabangsa PETRONAS Sepang (SIC) dari 30 Oktober hingga 1 November ini.