RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 28 Mei 2019

Alex Rins Cipta Sejarah!

Ia adalah saat paling indah dalam hidup pelumba pasukan Suzuki Ecstar, Alex Rins sebaik sahaja menerima kibaran bendera penamat dan gelaran juara perlumbaan pusingan ketiga yang berlangsung di Red Bull Grand Prix of the Americas pada pertengahan April lalu. Kejayaan ini adalah hadiah terbaik buat dirinya yang telah berhempas pulas sejak menggalas cabaran pada tahun 2016 yang lalu.

Walaupun bermula di petak ketujuh, kecekalan pelumba dari Barcelona ini mengejar dan memintas seorang demi seorang sememangnya suatu di luar dugaan. Penyandang juara, Marc Marquez terlebih dahulu mempamerkan kehebatannya untuk bermula dengan sempurna dan memimpin perlumbaan. Valentino Rossi yang bermula di petak kedua cuba memberi cabaran diikuti oleh Carl Crutchlow dan Jack Miller. Rins yang berada di posisi kelima pada lap ketiga mengekalkan rentak agar tidak terlalu ketinggalan di belakang.

Kepantasan Marquez sukar ditandingi menyebabkan ‘The Doctor’ mula ketinggalan sedikit demi sedikit. Dari perbezaan masa 0.26 saat, Marquez hanya memerlukan dua lap sahaja untuk membuka jarak sejauh 2.282 saat yang sudah selesa. Perebutan tempat kedua pula semakin rancak! Crutchlow yang semakin hampir memintas Rossi terbabas dan terpaksa melupakan hasratnya untuk menaiki podium dan tinggallah Miller dan Rins yang terus mengasak Rossi.

Ketika perlumbaan berbaki 12 lap sahaja lagi, pasukan Repsol Honda tersentak apabila jagoan mereka, Marquez terbabas ke luar litar dan gagal menyambung semula perlumbaan. Rossi mengemaskan tunggangan untuk meraih kemenangan pertamanya tetapi diberi tentangan hebat oleh Rins.

Jentera Yamaha YZR M1 dan Suzuki GSX-RR dilihat sama hebat. Kedua-dua jentera ini mampu dipecut lebih daripada 330km/j dengan mudah. Namun begitu, keazaman dan kemampuan mencipta sesuatu yang luar biasa adalah resepi penting untuk bergelar juara dan pada perlumbaan pusingan ketiga itu, Alex Rins melakukannya. Rossi sekali lagi terpaksa berpuas hati di tempat kedua diikuti oleh Miller dan Dovizioso masingmasing di tempat ketiga dan keempat.

“Ia sangat mengagumkan! Saya benarbenar gembira dengan keputusan ini lebih-lebih lagi selepas seluruh pasukan bekerja keras untuk dapatkan talaan yang tepat. Tiada kata-kata yang boleh menggambarkan perasaan saya sekarang cuma saya amat berterima kasih kepada seluruh rakan sepasukan. Hari ini cukup gembira buat Suzuki,” kata Alex Rins.

“Saya mohon maaf kerana gagal mencapai kemenangan walaupun pada mulanya sudah yakin berbuat demikian dengan ketiadaan Marquez. Saya memimpin perlumbaan agak lama tetapi apabila diserang dan dipintas oleh Rins, agak sukar untuk menyainginya. Dia benar-benar laju dan memiliki rentak yang lebih baik berbanding saya. Perasaan saya bercampur baur... separuh rasa kecewa kerana sudah hampir dengan kemenangan manakala separuh perasaan saya lagi cukup gembira dengan peningkatan prestasi pasukan kami,” komen Valentino Rossi.

Tahniah buat pelumba pasukan PETRONAS Yamaha SRT di atas kejayaan Franco Morbidelli menamatkan cabaran di antara lima pelumba terbaik manakala rakan sepasukannya, Fabio Quartararo di tempat ketujuh. Andrea Dovizioso kini di tangga teratas carta keseluruhan dengan 54 mata diikuti oleh Valentino Rossi (51 mata), Alex Rins (49 mata) dan Marc Marquez di tangga keempat keseluruhan dengan 45 mata.

Moto2

Hasrat pelumba Itali, Lorenzo Baldassarri untuk membuat hatrik di Argentina musnah sama sekali selepas terlibat dalam kemalangan tidak beberapa lama sebaik perlumbaan dimulakan. Ini memberi peluang buat pelumba Switzerland, Thomas Luthi dan Marcel Schrotter dari Jerman. Namun begitu, kedua-dua pelumba ini diberi tentangan hebat oleh Alex Marquez yang mempunyai kepantasan mengagumkan.

Luthi akhirnya memperoleh peluang keemasan pada 10 lap terakhir untuk memintas dan dia berjaya! Marquez ternyata belum bersedia untuk melepaskan kedudukannya lalu terus membuat serangan demi serangan sehingga dia hampir terbabas pada lap berikutnya. Posisinya bertukar lagi selepas dipintas oleh Schrotter di tempat kedua dan Jorge Navarro di tempat ketiga.

Dalam perlumbaan ini, Khairul Idham Pawi turut mempamerkan persembahan yang semakin baik dengan kemampuan menamatkan perlumbaan di tempat ke-17. Tangga keseluruhan Moto2 2019 diungguli oleh Lorenzo Baldassari dengan 50 mata, diikuti oleh Marcel Schrotter 47 mata manakala pemenang litar Americas, Thomas Luthi di tangga ketiga dengan 45 mata.

Moto3

Jaume Masia dan Aron Canet masing-masing terikat di tangga pertama Moto3 selepas kedua-dua pelumba Sepanyol ini mengumpul 45 mata yang sama. Dalam perlumbaan pusingan pertama di Qatar, Canet cemerlang untuk meraih tempat ketiga manakala Masia gagal memungut sebarang mata tetapi Masia menebus kembali kekecewaannya pada pusingan kedua di Argentina untuk muncul juara penuh bergaya. Canet kurang menyerlah dengan keputusan akhir di tempat ke-12.

Litar Red Bull Grand Prix of the Americas menjadi medan pertarungan kedua-dua pelumba muda ini. Keupayaan mereka meratah setiap selekoh di litar tersebut menerima sorakan cukup gemuruh. Antara pelumba lain yang turut berada di dalam kelompok paling depan ialah Andrea Migno, Gabriel Rodrigo dan ramai lagi.

Dengan kelebihan 0.909 saat di depan, Aron Canet akhirnya berdiri megah di tangga tertinggi podium manakala Jaume Masia dan Andrea Migno masing-masing di tempat kedua dan ketiga. Perlumbaan seterusnya akan diadakan di Jerez, Sepanyol pada 5 Mei 2019 diikuti Le Mans, Perancis pada 19 Mei nanti. RR

Isu Pada

Mei 2019

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Hakim Danish Gegarkan SIC. Nyaris Podium Di Laman Sendiri

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Marc Marquez Kembali di Pucak Selepas Menang di Misano!

Hakim Danish Bangkit Dari Petak Ke-25

Disyorkan untuk anda

Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

Dari Litar

Hakim Danish Gegarkan SIC. Nyaris Podium Di Laman Sendiri

Muhammad Hakim Danish Ramli membuktikan bahawa dirinya mempunyai semangat juang luar biasa apabila menamatkan perlumbaan Moto3 Grand Prix Malaysia 2026 di tempat keempat di Litar Antarabangsa Sepang (SIC).

Dari Litar

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

PETRONAS Grand Prix of Malaysia 2026 bakal kembali berlangsung di Litar Antarabangsa PETRONAS Sepang (SIC) dari 30 Oktober hingga 1 November ini.

Model Baru

BMW 450RR Dilancarkan. Hadir Dengan Pakej Cukup Menarik!

Tapi kali ini, BMW bawa sesuatu yang lebih kecil ke dalam keluarga RR mereka menerusi BMW F 450 RR, sebuah motosikal sport bersaiz sederana yang tampil dengan enjin 420cc, dua silinder (parallel-twin) dan sistem sejukan cecair.