RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 3 Mac 2025

Marc Marquez Dominasi GP Thailand, Pamer Tunggangan Cukup Padu!

Perlumbaan pembuka tirai saingan MotoGP 2025 di Litar Antarabangsa Buriram pada 2hb Mac lalu telah mempertontonkan kita dengan kehebatan bekas juara MotoGP enam-kali, Marc Marquez dari pasukan Ducati Lenovo yang meraih kemenangan penuh bergaya.

Marquez pamer tunggangan yang cemerlang untuk raih termpat pertama.
Marquez pamer tunggangan yang cemerlang untuk raih termpat pertama.

Prestasi Marquez sepanjang minggu cukup mengagumkan dan telah diterjemahkan pada perlumbaan Sprint, sehari sebelum pertarungan sebenar. Dengan kemenangan itu, Marquez dapat bermula di petak pertama diikuti adiknya Alex Marquez dan Francesco Bagnaia (Pecco). Cuaca juga sempurna buat ribuan penonton yang hadir menikmati perlumbaan dua roda paling hebat di muka bumi.

Pusingan pertama MotoGP 2025 berjalan dengan sempurna.
Pusingan pertama MotoGP 2025 berjalan dengan sempurna.
Tiga pelumba yang dijangka akan saling mencabar satu sama lain di seluruh pusinan
Tiga pelumba yang dijangka akan saling mencabar satu sama lain di seluruh pusinan
Ai Ogura.
Ai Ogura.

Dengan permulaan sempurna, Marquez bermula dengan sempurna untuk memimpin perlumbaan. Skrip yang hampir sama dengan perlumbaan Sprint dan pada masa yang sama, pelumba baru iaitu Ai Ogura turut berada dalam kelompok 'podium'.

Pedro Acosta.
Pedro Acosta.
Enea Bastianini '23' dan Luca Marini berentap sengit dalam perebutan tempat kesembilan.
Enea Bastianini '23' dan Luca Marini berentap sengit dalam perebutan tempat kesembilan.

Ai Ogura cuba segalanya untuk mengekalkan diri bersama tiga pelumba terpantas itu tetapi sedikit demi sedikit, dia mula ketinggalan. Pelumba KTM, Pedro Acosta juga antara pelumba yang dilihat mampu mencabar tetapi sayangnya dia terbabas pada lap keempat dan terpaksa bersara awal.

Brad Binder, tempat ke-8 dalam GP Thailand.
Brad Binder, tempat ke-8 dalam GP Thailand.

Tiba-tiba pada lap ke-7, Marquez dilihat memperlahankan rentak sehingga Alex Marquez dapat memintasnya dan bermulalah 'perang saudara' di antara dua Marquez itu.

Johann Zarco '5' berjaya meninggalkan lawannya untuk berada di tempat ke-7.
Johann Zarco '5' berjaya meninggalkan lawannya untuk berada di tempat ke-7.
Fabio Quartararo hanya mampu untuk berada di tempat ke-15.
Fabio Quartararo hanya mampu untuk berada di tempat ke-15.

Di belakang, para pelumba lain terus mencari peluang untuk menamatkan saingan di antara 10 pelumba terbaik. Antaranya Johann Zarco (Castrol Honda), Marco Bezzecchi dan Brad Binder.

Joan MIr hampir mendapatkan posisi 10 terbaik sebelum terlibat dalam kemalangan.
Joan MIr hampir mendapatkan posisi 10 terbaik sebelum terlibat dalam kemalangan.

Tidak seperti yang kita harapkan, duo pasukan Yamaha iaitu Fabio Quartararo dan Alex Rins kurang menyerlah untuk pusingan kali ini. Quartararo sekadar di tempat ke-15 manakala Rins ke-17.

GP Thailand 2025 dimenangi oleh Marc Marquez yang akhirnya berjaya mengenepikan adiknya manakala posisi ketiga podium milik Francesco Bagnaia. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Hakim Danish Gegarkan SIC. Nyaris Podium Di Laman Sendiri

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Marc Marquez Kembali di Pucak Selepas Menang di Misano!

Hakim Danish Bangkit Dari Petak Ke-25

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Wow...katanya para peminat dua roda tanahair bakal mempunyai satu lagi pilihan menarik apabila sebuah jenama motosikal dijangka akan hadir ke pasaran negara dengan mengenengahkan skuter berkonsepkan retro.

Model Baru

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

KTM 790 Duke 2027 dikatakan akan di bawa masuk ke pasaran negara tahun hadapan.

Warta Roda

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Menurut pihak MForce selaku pengedar rasmi jenama VOGE di Malaysia, kelewatan proses pemasangan model VOGE SR450X di Malaysia adalah disebabkan pihak VOGE telah membuat penambahbaikan ke atas bahagian tangki bahan api.

Model Baru

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

KTM Malaysia secara rasminya memperkenalkan model supersport baharu iaitu 990 RC R.