RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 3 Mac 2025

Litar Buriram Menguji Adam & Sharf Untuk Terus Bangkit

Keputusan saingan Pusingan 1 di Litar Antarabangsa Chang tidak memenuhi jangkaan kedua-dua pelumba. Ini disebabkan terjadinya beberapa insiden yang berlaku di sepanjang perlumbaan. Menurut Pengurus Pasukan SIC Racing, "Prestasi dalam sesi Latihan Bebas dan Kelayakan juga kurang memuaskan, namun masih terdapat ruang yang luas untuk penambahbaikan. Peningkatkan persiapan serta memperkukuhkan latihan agar kedua-dua pelumba lebih bersedia dan mampu memberi saingan sengit di Pusingan 2, dijadualkan berlangsung di Qatar pada April ini."

Adam mempunyai potensi besar untuk raih keputusan lebih baik.
Adam mempunyai potensi besar untuk raih keputusan lebih baik.

Itulah yang terjadi pada pasukan SIC Racing apabila keputusan tidak memihak kepada kedua-dua pelumba negara, Sharf Muhriz dan Adam Danial yang terlibat dalam kemalangan dengan dua pelumba Indonesia iaitu Alvaro Mahendra dan Davino Britani. Jentera Adam terbakar dalam insiden tersebut dan telah dikejarkan ke Hospital Buriram untuk pemeriksaan lanjut. Adam tidak mengalami kecederaan serius tetapi ditahan di hospital untuk pemantauan. Malang bagi Sharf, yang tidak dapat meneruskan perlumbaan dan terlepas peluang mengutip sebarang mata berharga untuk kejuaraan.

Adam
Adam
Adam '19' memberi saingan cukup sengit untuk mendapatkan keputusan lebih baik.
Adam '19' memberi saingan cukup sengit untuk mendapatkan keputusan lebih baik.

Adam yang memulakan perlumbaan dari petak ke-16, manakala Sharf dari petak ke-17, kedua-duanya tampil bersemangat untuk menebus kekecewaan selepas sesi kelayakan yang kurang memberangsangkan. Perlumbaan 1 menjadi peluang bagi mereka untuk membuktikan kemampuan, namun malang tidak berbau apabila kemalangan berlaku seawal selekoh 9, melibatkan kedua-dua pelumba negara serta dua pelumba Indonesia.

Sharf perlu lebih fokus dan bersemangat.
Sharf perlu lebih fokus dan bersemangat.

Perlumbaan 2: Adam Danial telah mendapat kebenaran untuk menyertai Race 2 selepas menjalani pemeriksaan dan pemantauan oleh pihak Hospital Buriram. Bangkit dari insiden di Race 1, Adam yang bermula dari petak ke-16 menunjukkan prestasi lebih konsisten dan berjaya memintas beberapa pelumba dan menamatkan perlumbaan di tempat ke-12. Adam meraih 3 mata berharga untuk dibawa pulang, sekaligus menambah semangatnya bagi menghadapi perlumbaan seterusnya.

Sharf Muhriz, yang memulakan perlumbaan dari petak ke-18, memulakan aksi dengan baik apabila berjaya memintas tiga pelumba seawal perlumbaan. Namun, nasib tidak menyebelahinya ketika berada di tempat ke-15, Sharf dikenakan Long Lap Penalty akibat Irresponsible Riding. Selepas melengkapkan penalti, jenteranya pula mengalami masalah teknikal.

Prestasi Adam dalam Perlumbaan 2 lebih baik.
Prestasi Adam dalam Perlumbaan 2 lebih baik.

Semestinya Pusingan 1 ini menjadi tanda aras dalam menilai prestasi setiap pelumba, sekaligus menjadi panduan untuk membuat persiapan menjelang pusingan seterusnya. Pusingan 2 Asia Talent Cup akan berlangsung di Lusail International Circuit, Qatar pada 12-13 April 2025. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Hakim Danish Gegarkan SIC. Nyaris Podium Di Laman Sendiri

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Marc Marquez Kembali di Pucak Selepas Menang di Misano!

Hakim Danish Bangkit Dari Petak Ke-25

Disyorkan untuk anda
Model Baru

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

KTM Malaysia secara rasminya memperkenalkan model supersport baharu iaitu 990 RC R.

Model Baru

Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

Ducati terus menhangatkan pasaran superbike dengan melancarkan Panigale V4 S 2027, sebuah jentera sport yang menggabungkan enjin Desmosedici Stradale V4, Sistem Saspensi Elektronik Öhlins dan rekabentuk aerodinamik yang diinspirasikan daripada dunia perlumbaan.

Model Baru

BMW 450RR Dilancarkan. Hadir Dengan Pakej Cukup Menarik!

Tapi kali ini, BMW bawa sesuatu yang lebih kecil ke dalam keluarga RR mereka menerusi BMW F 450 RR, sebuah motosikal sport bersaiz sederana yang tampil dengan enjin 420cc, dua silinder (parallel-twin) dan sistem sejukan cecair.

Model Baru

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM Malaysia secara rasmi memperkenalkan model adventure yang menawarkan tiga varian iaitu 1390 Super Adventure R, S dan S EVO.