RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 2 Jun 2025

Toprak Razgatlioglu Akhirnya ke MotoGP?

Spekulasi mengenai perpindahan Toprak Razgatlioglu yang sudah lama ditunggu-tunggu ke MotoGP kini telah mencapai tahap baru minggu ini, apabila pengurusnya Kenan Sofuoglu mengesahkan bahawa kontrak telah ditandatangani. Wow!! Dari kenyataan itu, ramalan menunjukkan penampilan sulung Toprak akan bersama pasukan Prima Pramac Yamaha pada 2026.

Walaupun tiada pengumuman rasmi dibuat oleh Yamaha atau Dorna, beberapa sumber 'yang dipercayai' menyatakan bahawa pengesahan serta pengumuman rasmi akan dilakukan semasa Grand Prix Itali di Mugello (20–22 Jun 2025).

"Kami telah bercakap dengan lima pengeluar di seluruh MotoGP dan World Superbike. Kami telah menandatangani kontrak yang akan memuaskan hati semua pihak," katanya.

Komen ini bertepatan dengan laporan bahawa Toprak akan menyertai Pramac Yamaha dengan menunggang jentera berspesifikasi 'factory', Ia adalah  jentera yang sama digunakan oleh Fabio Quartararo dalam pasukan Monster Energy Yamaha.

Razgatlioglu dijangka menggantikan sama ada Jack Miller atau Miguel Oliveira yang kini memberi cabaran bersama pasukan Pramac. Bintang Turki itu juga akan dibenarkan membawa penaja peribadi, termasuklah syarikat Red Bull, penyokong yang sekian lama bersama Toprak.

Malah pengarah sukan perlumbaan Ducati, Davide Tardozzi telah menyatakan kekagumannya terhadap juara Superbike Dunia itu. Dia menyatakan: "Saya peminat Toprak - dia tahu itu. Dia boleh bertarung untuk enam teratas dalam MotoGP tetapi saya tidak fikir dia boleh menang serta-merta."

Tardozzi berhati-hati dalam jangkaannya, menyatakan bahawa dalam siangan MotoGP, ia memerlukan penyesuaian walaupun untuk seorang pelumba berbakat elit seperti Toprak. Namun begitu, dia tetap optimis tentang kesediaan Toprak.

"Toprak berada dalam keadaan fizikal dan mental yang sangat baik. Dia masih mempunyai beberapa tahun untuk bersaing di peringkat tertinggi," komen Tardozzi.

Apa yang kita harapkan ialah semuanya berjalan mengikut perancangan. Jika benar, Toprak Razgatlioglu akan diumumkan secara rasmi sebagai pelumba MotoGP 2026 di Mugello pada akhir Jun ini. Toprak juga menambah jumlah senarai graduan Kejuaraan Superbike Dunia yang akan berada bersama pasukan elit MotoGP. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Hakim Danish Gegarkan SIC. Nyaris Podium Di Laman Sendiri

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Marc Marquez Kembali di Pucak Selepas Menang di Misano!

Hakim Danish Bangkit Dari Petak Ke-25

Disyorkan untuk anda
Dari Litar

Hakim Danish Gegarkan SIC. Nyaris Podium Di Laman Sendiri

Muhammad Hakim Danish Ramli membuktikan bahawa dirinya mempunyai semangat juang luar biasa apabila menamatkan perlumbaan Moto3 Grand Prix Malaysia 2026 di tempat keempat di Litar Antarabangsa Sepang (SIC).

Model Baru

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

Honda global melancarkan model serba baharu iaitu CRF1150L Africa Twin Enduro Sports.

Model Baru

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

KTM 790 Duke 2027 dikatakan akan di bawa masuk ke pasaran negara tahun hadapan.

Model Baru

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Kawasaki melangkah ke era lebih menarik dengan memperkenalkan Versys 900 2027, sebuah motosikal sport-touring yang menggabungkan enjin 948cc, empat silinder sebaris yang berkuasa 120hp pada 9,500rpm dan tork 9.3Nm pada 8,000rpm.