RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 17 Julai 2025

CP150: Siapa Akan Tawan Litar Teluk Intan?

Kejuaraan PETRONAS MAM Malaysian Cub Prix pusingan keempat bakal berlangsung di perkarangan Stadium Mini Teluk Intan pada hujung minggu ini. Selepas tiga pusingan berlangsung, Ahmad Afif Amran (PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ Racing) kini mendominasi tangga teratas keseluruhan CP150 dengan kutipan 70 mata. Manakala Kasma Daniel (PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor) di tempat kedua dengan jarak 28 mata di antara pendahulu dan rakan sepasukan Afif iaitu Akid Aziz yang merupakan juara keseluruhan 2023 dan 2024 di tangga ketiga. Pelumba pasukan Honda, Azroy Hakeem dari Honda Estremo yuzy Racing di tempat keempat selepas mengumpul 41 mata dengan satu podium.

Selepas menamatkan dua musim di tangga kedua keseluruhan, Afif kembali menyengat pada musim ini dengan misi yang berlainan. Pelumba yang berasal dari Terengganu ini mempunyai kemahiran yang tinggi di litar kelajuan tinggi mahupun teknikal. Beliau kini mendominasi tangga teratas CP150 selepas meraih dua kemenangan dan satu podium.

Walaubagaimanapun, berbaki lagi tujuh pusingan pada musim ini para pelumba CP150 seperti Azroy, Kasma, Akid dan lain-lain pasti akan cuba menggugat kedudukan pendahulu. Usaha dan komitmen Afif untuk merealisasikan impiannya kali ini amat ketara dari segi fizikal di mana berat Afif turun sebanyak 3kg pada musim ini.

"Berat badan juga mempengaruhi kelajuan terutama bagi jentera jenis underbone 150cc kerana kuasa kuda untuk jenetra seperti ini berada di tahap 40 yang tidak begitu berkuasa. jika pelumba berat, pasti sukar untuk mencapai kelajuan maksimum. Selain menjaga pemakanan, saya juga banyak melakukan latihan untuk mengekalkan momentum agar lebih konsisten ketika di dalam litar," kata Afif Amran.

Kategori CP150 amat sengit kerana pelumba seperti Azroy dan Kasma bukan sahaja sudah biasa bersaing di kelas 1000cc tetapi berjaya berada di podium. Mereka juga mempunyai kemahiran yang cukup berbakat untuk mengejar kejuaraan. Dalam pusingan di Teluk Intan pasti akan mencabar kerana litar tersebut mempunyai laluan lurus yang panjang dan selekoh yang kecil. Sudah pasti para pelumba lain akan memberikan saingan yang hebat. Siapakah yang akan menawan pusingan seterusnya? Adakah Afif bakal mempertahankan kedudukannya selaku pendahulu keseluruhan ataupun pelumba-pelumba lain akan merapatkan lagi jurang mata di antaranya dalam perlumbaan yang akan diadakah pada 19hb - 20hb Julai 2025 ini. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Hakim Danish Gegarkan SIC. Nyaris Podium Di Laman Sendiri

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Marc Marquez Kembali di Pucak Selepas Menang di Misano!

Hakim Danish Bangkit Dari Petak Ke-25

Disyorkan untuk anda
Model Baru

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

KTM Malaysia secara rasminya memperkenalkan model supersport baharu iaitu 990 RC R.

Model Baru

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Kawasaki melangkah ke era lebih menarik dengan memperkenalkan Versys 900 2027, sebuah motosikal sport-touring yang menggabungkan enjin 948cc, empat silinder sebaris yang berkuasa 120hp pada 9,500rpm dan tork 9.3Nm pada 8,000rpm.

Warta Roda

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Wow...katanya para peminat dua roda tanahair bakal mempunyai satu lagi pilihan menarik apabila sebuah jenama motosikal dijangka akan hadir ke pasaran negara dengan mengenengahkan skuter berkonsepkan retro.

Warta Roda

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

Model kembara mewah, Brixton K750GT bakal masuki pasaran negara.