RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 9 September 2025

CP150: Afif Jarakkan Jurang Mata Sebagai Pendahulu Keseluruhan

Kejuaraan PETRONAS MAM Malaysian Cub Prix 2025 di Litar Lumba Tangkak, Johor menyaksikan aksi penuh mendebarkan apabila Ahmad Afif Amran dari PETRONAS SPRINTA YAMAHA – CKJ RACING menamatkan perlumbaan pusingan ketujuh CP150 dengan kemenangan yang bergaya.

Pada awal perlumbaan Kasma Daniel Kasmayudin (PETRONAS SPRINTA YAMAHA MAJU MOTOR) dengan pantas menguasai keduudkan hadapan dan diikuti rapat oleh Afif dan MD Akid Aziz ( PETRONAS SPRINTA YAMAHA – CKJ RACING). Turut berada di kelompok kelima terbaik ialah Md Faiz Zekri Sabri (ATAS AHM MOTOR SPORTS) dan pelumba pasukan HONDA ESTREMO YUZY RACING, Azroy Hakeem Anuar.

Tiba sahaja di pusingan kelima, lima pelumba teratas berjaya menjarakan jurang satu saat di antara kelompok kedua. Sehingga pusingan kesembilan, Kasmi masih kekal sebagai pendahulu manakal Afif berada 0.200 saat di belakangnya.

Kasma dan Afif semakin menjauhkan diri dengan para pelumba di belakang. Kasma terus di asak dan akhirnya kedudukan pendahulu dirampas oleh Afif ada dua pusingan terakhir.

Afif kekal tenang sehingga ke garisan penamat dengan catatan masa 14'36.160s. Kasma terpaksa akur selepas menamatkan saingan di tempat kedua (14'36.364s) dan Akid melengkapkan kedudukan di podium  dengan masa 14'38.246s.

“Syukur Alhamdulillah, kemenangan ini sememangnya rezeki hari ini. Sepanjang minggu kita dapat lihat Kasma begitu dominan sejak hari pertama sehingga ke hari perlumbaan. Saya tahu rentaknya cukup kuat, malah saya jangka jika saya memintas, dia pasti akan membalas semula. Namun pada pusingan ketiga, pelindung lutut kirinya tercabut dan terjatuh, sedikit menjejaskan rentaknya. Mungkin itu menjadi peluang buat saya, dan saya benar-benar bersyukur dapat meraih kemenangan sekali lagi hari ini," kata Afif. 

Saingan pusingan kelapan Kejuaraan PETRONAS MAM Malaysian Cub Prix 2025 bakal berlangsung di Dataran Seri Jempol, Negeri Sembilan pada 27hb & 28hb September 2025. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Hakim Danish Gegarkan SIC. Nyaris Podium Di Laman Sendiri

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Marc Marquez Kembali di Pucak Selepas Menang di Misano!

Hakim Danish Bangkit Dari Petak Ke-25

Disyorkan untuk anda
Dari Litar

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marco Bezzecchi mencuri tumpuan apabila menjuarai Grand Prix Indonesia di Litar Antarabangsa Mandalika, sekali gus menghidupkan semula cabarannya dalam perebutan gelaran dunia MotoGP 2026.

Model Baru

Global: Honda CBR500R FOUR Serba Baru Diperkenalkan

Honda Eropah baru sahaja memperkenalkan model sport baru iaitu CBR500R FOUR yang kini hadir dengan enjin 4 silinder sebaris dan sistem E-Clutch yang sudah pasti menjanjikan kemantapan tunggangan di jalanan biasa, laluan berselekoh mahupun di dalam litar.

Model Baru

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

KTM 790 Duke 2027 dikatakan akan di bawa masuk ke pasaran negara tahun hadapan.

Pandu Uji

KOVE 800X GT: Best Untuk Kembara...Syok Di Selekoh

Untuk model yang baru sahaja saya pick-up iaitu KOVE 800X GT, saya rasa lebih baik kalau dibawa keluar jauh. Bukan setakat pusing-pusing bandar.