RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 13 Oktober 2025

Zaqhwan Zaidi Dikenakan Penalti

Pelumba pasukan Honda Asia Dream Racing with SHOWA iaitu Zaqhwan Zaidi oleh pihak Race Direction selepas didapati melanggar peraturan ketika perlumbaan kategori ASB1000 Kejuaraan FIM Asia Road Racing Championship (ARRC) 2025 di Sepang semalam.

Keputusan ini diumumkan oleh ARRC dalam satu kenyataan selepas Zaqhwan Zaidi didapati melanggar peraturan di bawah Artikel 1.21.2.3. Berdasarkan laporan, beliau didapati melakukan pelanggaran yang termasuk dalam kategori “Behavior During Practice and Race”.

Seperti yang dimaklumkan, Zaqhwan terbabit dengan insiden kemalangan bersama pelumba dari pasukan JDT Racing iaitu Hafizh Syahrin Abdullah dalam perlumbaan 2 ASB1000 semalam.

Oleh itu, Zaqhwan Zaidi dikenakan denda sebanyak USD500 dan hukuman tambahan satu “Long Lap Penalty” yang akan dilaksanakan pada perlumbaan seterusnya beliau sertai.

Peraturan 1.21.2.3 menyatakan bahawa sebarang kesalahan ketika perlumbaan boleh dikenakan denda minimum USD500, tambahan penalti “Ride Through” atau “Long Lap Penalty”, malah boleh membawa kepada tindakan disingkirkan daripada perlumbaan jika dianggap serius.

Dalam kenyataan itu juga, pihak Race Direction menegaskan bahawa keputusan tersebut adalah muktamad, selaras dengan peraturan rasmi Kejuaraan FIM Asia Road Racing Championship 2025. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Hakim Danish Gegarkan SIC. Nyaris Podium Di Laman Sendiri

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Marc Marquez Kembali di Pucak Selepas Menang di Misano!

Hakim Danish Bangkit Dari Petak Ke-25

Disyorkan untuk anda
Model Baru

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

KTM Malaysia secara rasminya memperkenalkan model supersport baharu iaitu 990 RC R.

Dari Litar

Hakim Danish Gegarkan SIC. Nyaris Podium Di Laman Sendiri

Muhammad Hakim Danish Ramli membuktikan bahawa dirinya mempunyai semangat juang luar biasa apabila menamatkan perlumbaan Moto3 Grand Prix Malaysia 2026 di tempat keempat di Litar Antarabangsa Sepang (SIC).

Model Baru

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Aveta Malaysia terus mengukuhkan kedudukannya dalam pasaran motosikal Malaysia menerusi pembukaan rasmi G Elite Motor – Aveta Elite Centre di Shah Alam, Selangor.

Pandu Uji

Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

Sempena penganjuran Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026, pihak media turut diberi peluang menyertai acara edisi kedua itu dengan menunggang Kawasaki KLE500.