RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 24 Oktober 2025

Joan Mir konsisten di Sepang Bersama Honda RC213V

Joan Mir mempamerkan prestasi meyakinkan pada sesi latihan Grand Prix Malaysia di Litar Antarabangsa PETRONAS Sepang walaupun keadaan cuaca di sebelah petang tidak menentu. Pelumba Honda HRC Castrol itu menamatkan FP1 di tempat ketiga dan menduduki tempat keempat dalam sesi petang, menjadikannya satu-satunya pelumba yang kekal dalam kelompok lima terbaik di kedua-dua sesi.

Walaupun keadaan litar jadi basah disebabkan hujan pada penghujung sesi, Mir kekal tenang dan terus menunjukkan tahap keserasian tinggi dengan jentera Honda RC213V. Konsistensinya memberikan petanda positif menjelang perlumbaan hujung minggu ini, sekali gus mengukuhkan kedudukannya dalam musim terbaiknya bersama pasukan pengeluar Honda.

Rakan sepasukan, Luca Marini, turut mempamerkan rentak kompetitif sepanjang hari dan hampir menembusi kelompok 10 terbaik sebelum terpaksa berpuas hati di tempat ke-11 — hanya 0.062 saat di belakang pesaing terakhir Q2.

Dengan perbezaan masa hanya 0.8 saat memisahkan 15 pelumba teratas dan ramalan cuaca masih tidak menentu, peluang masih terbuka luas bagi keempat-empat pelumba Honda HRC menjelang sesi Sprint dan perlumbaan utama esok. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Hakim Danish Gegarkan SIC. Nyaris Podium Di Laman Sendiri

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Marc Marquez Kembali di Pucak Selepas Menang di Misano!

Hakim Danish Bangkit Dari Petak Ke-25

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Boon Siew Honda Sdn. Bhd. memperkenalkan Honda ADV160 Trico Edition dengan Honda RoadSync, yang menampilkan corak warna merah, putih dan biru yang telah membawa semangat perlumbaan Honda sejak sekian lama.

Warta Roda

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha Blu Universe pertama di Malaysia

Model Baru

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM Malaysia secara rasmi memperkenalkan model adventure yang menawarkan tiga varian iaitu 1390 Super Adventure R, S dan S EVO.

Warta Roda

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd. (Mforce), telah menganjurkan Majlis Penyerahan Motosikal bagi Program Proof of Concept (PoC) kepada Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), Polis Diraja Malaysia (PDRM), di ibu pejabat Mforce yang beroperasi di Valdor, Pulau Pinang.