RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 16 November 2025

Qabil Irfan di Tempat Keempat Terbaik Dunia Dalam FIM MotoMini World Series Final 2025

Pelumba muda negara, Qabil Irfan menutup kempen MotoMini FIM World Final 2025 dengan pencapaian membanggakan apabila muncul di kedudukan keempat terbaik dunia dalam sainagan MotoMini 190cc, walaupun berdepan insiden kemalangan pada perlumbaan penentuan Super Final di Litar Ricardo Tormo.

Dalam aksi Super Final yang berlangsung sengit, Qabil yang bermula dari petak kelima mempamerkan prestasi cemerlang sepanjang 20 pusingan. Beliau kekal kompetitif dalam kelompok hadapan dan berada dalam misi memburu podium sebelum terlibat dalam kemalangan dengan pelumba Britain, Ethan Trevorrow, di selekoh terakhir. Insiden itu memaksa Qabil menamatkan perlumbaan di tempat ketujuh.

Sebelum itu, Qabil memperlihatkan ketekunan dan kemampuan tinggi apabila berjaya meraih tempat ketiga dalam perlumbaan 2, sebagai penebus kegagalan di perlumbaan 1 di mana beliau terjatuh ketika mendahului perlumbaan. Hasil keseluruhan mata yang dikumpul menyaksikannya muncul antara empat pelumba terbaik dunia kategori 190cc.

Seorang lagi wakil negara, Adam Aiman Ameer Ali, turut menunjukkan semangat daya juang apabila menamatkan saingan keseluruhan di kedudukan ke-15. Selepas tidak dapat menamatkan perlumbaan 1, Adam bangkit dengan memperbaiki kedudukan melalui tempat ke-10 dalam perlumbaan 2 dan ke-13 dalam Super Final.

Gelaran juara keseluruhan kategori 190cc menjadi milik pelumba China yang mewakili MiniMoto Sepanyol, Shengbo Sun, dengan 95 mata, diikuti Dieogo Gonzalez dari Venezuela (78 mata) dan Ole Sauberlich dari Jerman (46 mata).

Dalam kategori 160cc, wakil negara Al-Adam Mikail Mohd Hamirul Aliff menamatkan kempen di kedudukan ke-11 keseluruhan hasil pungutan mata daripada tempat ke-13 dalam perlumbaan 2 dan ke-10 dalam Super Final Race. Seorang lagi pelumba negara, Qasha Irfan, tidak berjaya mara ke perlumbaan utama selepas sesi kelayakan ditamatkan awal susulan bendera merah.

Kejohanan 160cc turut menyaksikan pelumba Poland, Witold Dariusz Kupczynski, dinobatkan sebagai juara dengan 95 mata, manakala Daniel Putorti dari Itali meraih gelaran naib juara (72 mata) dan rakan senegaranya Jan Babiarz berada di tempat ketiga dengan 71 mata. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Hakim Danish Gegarkan SIC. Nyaris Podium Di Laman Sendiri

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Marc Marquez Kembali di Pucak Selepas Menang di Misano!

Hakim Danish Bangkit Dari Petak Ke-25

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Haramoto-san merupakan Ketua Projek Utama (Large Project Leader, LPL) di Honda yang mengetuai pembangunan CB1000F; sebuah motosikal jalanan gaya retro yang mengambil inspirasi daripada jentera lumba ikonik milik ‘Fast Freddie’.

Warta Roda

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Boon Siew Honda Sdn. Bhd. memperkenalkan Honda ADV160 Trico Edition dengan Honda RoadSync, yang menampilkan corak warna merah, putih dan biru yang telah membawa semangat perlumbaan Honda sejak sekian lama.

Model Baru

BMW 450RR Dilancarkan. Hadir Dengan Pakej Cukup Menarik!

Tapi kali ini, BMW bawa sesuatu yang lebih kecil ke dalam keluarga RR mereka menerusi BMW F 450 RR, sebuah motosikal sport bersaiz sederana yang tampil dengan enjin 420cc, dua silinder (parallel-twin) dan sistem sejukan cecair.

Warta Roda

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

Model kembara mewah, Brixton K750GT bakal masuki pasaran negara.