RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 19 Januari 2026

Pemilihan Pelumba Cilik MOTOMINI Malaysia 2026

Sesi pemilihan para pelumba cilik MotoMini Malaysia 2026 telahpun berlangsung di Litar Horizon Beranang pada 17hb Januari 2026. Seramai 45 calon yang telah mendaftar sejak 7hb hingga 15hb Januari lalu dan hanya 12 pelumba berumur di antara 9 hingga 14 tahun sahaja berjaya terpilih untuk menyertai sesi pemilihan termasuklah dua peserta wanita.

Sesi pemilihan ini bertujuan untuk mengenalpasti bakat baharu dalam kalangan pelumba muda, iaitu berumur 7 hingga 11 tahun bagi kategori SIC Ohvale Junior Championship, dan 10 hingga 14 tahun bagi kategori MotoMini 160. Para peserta terdiri daripada tujuh pelumba dari Selangor, tiga dari Pahang, seorang dari Kuala Lumpur, dan seorang lagi berasal dari Perak.

Acara yang berlangsung dari jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang merangkumi ujian kecergasan dan ujian menunggang. Semua peserta dinilai secara menyeluruh dari segi kecergasan fizikal dan kemahiran menunggang di bawah pemantauan Pengurus Kejohanan, Zulfahmi Khairuddin, serta Jurulatih SIC Racing dari Sepanyol, Sergio Mora.

Hasil sesi pemilihan, tiga pelumba terpilih untuk kategori MotoMini 160 iaitu Ariff Rayyan Bin Yunus, Aisy Wafiy Bin Amir Azaruddin dan Muhammad Arsyad Bin Mohd Rashid. Bagi kategori SIC Ohvale Junior Championship pula terdapat empat pelumba termasuk wanita antaranya Akmal Aiman Bin Ameer Ali, Ayden Hafreez Bin Abdul Hafiz, Rayyan Mikael dan Wan Adra Mikayla.

Perlumbaan pembuka tirai MotoMini Malaysia 2026 dijadualkan berlangsung pada pertengahan April 2026, dengan pusingan pertama di Litar Kart Antarabangsa Sepang. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Hakim Danish Gegarkan SIC. Nyaris Podium Di Laman Sendiri

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Marc Marquez Kembali di Pucak Selepas Menang di Misano!

Hakim Danish Bangkit Dari Petak Ke-25

Disyorkan untuk anda
Model Baru

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

KTM 790 Duke 2027 dikatakan akan di bawa masuk ke pasaran negara tahun hadapan.

Model Baru

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Aveta Malaysia terus mengukuhkan kedudukannya dalam pasaran motosikal Malaysia menerusi pembukaan rasmi G Elite Motor – Aveta Elite Centre di Shah Alam, Selangor.

Model Baru

BMW 450RR Dilancarkan. Hadir Dengan Pakej Cukup Menarik!

Tapi kali ini, BMW bawa sesuatu yang lebih kecil ke dalam keluarga RR mereka menerusi BMW F 450 RR, sebuah motosikal sport bersaiz sederana yang tampil dengan enjin 420cc, dua silinder (parallel-twin) dan sistem sejukan cecair.

Pandu Uji

KOVE 800X GT: Best Untuk Kembara...Syok Di Selekoh

Untuk model yang baru sahaja saya pick-up iaitu KOVE 800X GT, saya rasa lebih baik kalau dibawa keluar jauh. Bukan setakat pusing-pusing bandar.