RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 28 Januari 2026

MotoGP 2026: Ducati Lenovo Team Siap Sedia Dengan Desmosedici GP 2026

Pasukan Ducati Lenovo Team dengan bangganya mempersembahkan jentera Ducati Desmosedici GP 2026 yang bakal bersaing dalam MotoGP tahun ini sekali lagi bersama dua pelumba hebat mereka iaitu Marc Marquez dan Francesco Bagnaia (Pecco).

Francesco Bagnaia 'kiri' & Marc Marquez.
Francesco Bagnaia 'kiri' & Marc Marquez.

Perlumbaan sulung musim serba baru ini akan diadakan di Thailand pada 1hb Mac nanti dan ianya menjadi detik bersejarah buat Ducati dengan meraikan ulang tahun ke-100 mereka iaitu sejak 1926. Untuk itu, jentera baru Desmosedici GP disempurnakan dengan liveri khas Ducati (Matte Rosso Centenario) dan dua jalur berwarna putih. Matte bermaksud 'tidak berkilat', Rosso pula 'Merah' dan Centenario bererti 'ulangtahun ke-100'.

Warna yang dipilih ini adalah warna sama yang pernah digunakan pada Ducati 60 pada tahun 1949 yang lalu, motosikal pertama yang dikeluarkan oleh Ducati. Warna dan rekaan ini juga telah digunakan untuk jentera Ducati dalam perlumbaan Gran Sport Marianna 1955, dihasilkan oleh Fabio Taglioni.

Marc Marquez: "Tahun 2025 merupakan 'kunci' utama dalam hidup dan karies saya. Dengan segala kesulitan yang dihadapan, saya telah berjaya bangkit dan meraih takhta juara. Tahun ini pastinya lebih sukar kerana terpaksa mempertahankan kejuaraan tetapi saya yakin dengan pakej serta keupayaan Desmosedici GP yang sememangnya sangat kompetitif. Terlebih dahulu, saya perlu mendapatkan semula keyakinan selepas pulih dari kecederaan dan Malaysia akan menjadi tempat pertama untuk saya rasa dan uji kesemuanya."

Francesco Bagnaia: "Saya akan lupakan apa yang berlaku tahun lalu. Apa yang terjadi telah menguatkan semangat saya untuk kembali beraksi di litar dengan jentera baru ini. Saya tidak akan berputus asa, tidak akan menyerah dan bersedia untuk berdepan dengan segala kemungkinan. Tahun ini memberi peluang untuk saya kembali mempamerkan prestasi sebenar dan liveri sempenba perayaan ulangtahun ke-100 ini juga cukup mengagumkan."

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Hakim Danish Gegarkan SIC. Nyaris Podium Di Laman Sendiri

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Marc Marquez Kembali di Pucak Selepas Menang di Misano!

Hakim Danish Bangkit Dari Petak Ke-25

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Wow...katanya para peminat dua roda tanahair bakal mempunyai satu lagi pilihan menarik apabila sebuah jenama motosikal dijangka akan hadir ke pasaran negara dengan mengenengahkan skuter berkonsepkan retro.

Warta Roda

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Boon Siew Honda Sdn. Bhd. memperkenalkan Honda ADV160 Trico Edition dengan Honda RoadSync, yang menampilkan corak warna merah, putih dan biru yang telah membawa semangat perlumbaan Honda sejak sekian lama.

Model Baru

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

Honda global melancarkan model serba baharu iaitu CRF1150L Africa Twin Enduro Sports.

Model Baru

Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

Ducati terus menhangatkan pasaran superbike dengan melancarkan Panigale V4 S 2027, sebuah jentera sport yang menggabungkan enjin Desmosedici Stradale V4, Sistem Saspensi Elektronik Öhlins dan rekabentuk aerodinamik yang diinspirasikan daripada dunia perlumbaan.