RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 24 Februari 2026

Hakim Danish Sedia Hadapi Cabaran Moto3 Minggu Ini!

Cabaran pelumba muda negara, Hakim Danish dalam kelas Moto3 bermula minggu ini di Litar Antarabangsa Chang, Buriram, Thailand. Grand Prix (GP) Thailand merupakan aksi pembukai tirai pada musim 2026 yang akan ari 27 Februari hingga 1 Mac.

Pelumba berusia 18 tahun itu memaklumkan bahawa persediaan mental dan fizikalnya berada pada tahap terbaik menjelang perlumbaan pembuka musim tersebut. Beliau yakin mampu memberi saingan selepas melalui tempoh persiapan yang rapi.

Danish sebelum ini menamatkan ujian pramusim di Portimao, Portugal dan Jerez, Sepanyol dengan perkembangan positif. Anak kelahiran Terengganu itu menyifatkan dirinya kini berada dalam keadaan terbaik untuk memulakan musim penuh pertamanya di pentas dunia.

Bagaimanapun, saingan Moto3 musim ini dijangka sengit dengan kehadiran ramai pelumba muda berbakat. Antaranya juara JuniorGP dan Red Bull MotoGP Rookies Cup, Brian Uriarte bersama pasukan Red Bull KTM Ajo, serta beberapa lagi rookie berpotensi tinggi dari pasukan lain seperti Marco Morelli (Aspar Team), Casey O’Gorman (SIC58 Squadra Corse), serta gandingan Honda Team Asia, Veda Pratama (Indonesia) dan Zen Mitani (Jepun).

Menyedari cabaran tersebut, Danish yang menamatkan musim lalu di tempat ketiga keseluruhan Red Bull MotoGP Rookies Cup berazam untuk memberikan prestasi terbaik seawal sesi latihan bebas pertama pada Jumaat ini. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Hakim Danish Gegarkan SIC. Nyaris Podium Di Laman Sendiri

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Marc Marquez Kembali di Pucak Selepas Menang di Misano!

Hakim Danish Bangkit Dari Petak Ke-25

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

Ducati terus menhangatkan pasaran superbike dengan melancarkan Panigale V4 S 2027, sebuah jentera sport yang menggabungkan enjin Desmosedici Stradale V4, Sistem Saspensi Elektronik Öhlins dan rekabentuk aerodinamik yang diinspirasikan daripada dunia perlumbaan.

Model Baru

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM Malaysia secara rasmi memperkenalkan model adventure yang menawarkan tiga varian iaitu 1390 Super Adventure R, S dan S EVO.

Pandu Uji

KOVE 800X GT: Best Untuk Kembara...Syok Di Selekoh

Untuk model yang baru sahaja saya pick-up iaitu KOVE 800X GT, saya rasa lebih baik kalau dibawa keluar jauh. Bukan setakat pusing-pusing bandar.

Model Baru

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

Honda global melancarkan model serba baharu iaitu CRF1150L Africa Twin Enduro Sports.