RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 12 Mac 2026

MOTUL DUTCH GRAND PRIX DINOBATKAN GRAND PRIX TERBAIK 2025

Motul Grand Prix of the Netherlands 2025 di TT Circuit Assen telah dinobatkan sebagai Grand Prix Terbaik MotoGP untuk musim 2025. Pengiktirafan ini diberikan selepas penilaian menyeluruh terhadap setiap aspek penganjuran acara MotoGP dan penglibatan pasukan perlumbaan serta pihak berkepentingan dalam paddock bagi menentukan pemenangnya.

Anugerah tersebut sekali gus melengkapkan sambutan 100 tahun sejarah perlumbaan di Assen yang diraikan dengan penuh meriah sepanjang penganjuran Dutch GP 2025.

Litar Assen memegang rekod sebagai venue yang paling kerap menganjurkan perlumbaan MotoGP sejak musim sulung kejuaraan dunia pada tahun 1949. Sejarah perlumbaan di kawasan itu bermula dengan lebih awal apabila edisi Dutch GP 2025 menandakan genap satu abad perlumbaan bermotor berlangsung di Assen.

Sambutan luar biasa turut dicatatkan apabila lebih 200,000 pengunjung yang hadir pada hujung minggu tahun lalu,  sekali gus mencipta rekod kehadiran baharu bagi Dutch Grand Prix. Para peminat bukan sahaja disajikan aksi perlumbaan mendebarkan di litar tetapi dihiburkan dengan pelbagai aktivitiyang diadakan di luar litar. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Hakim Danish Gegarkan SIC. Nyaris Podium Di Laman Sendiri

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Marc Marquez Kembali di Pucak Selepas Menang di Misano!

Hakim Danish Bangkit Dari Petak Ke-25

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Voge DS800X Rally akhirnya tiba ke pasaran negara.

Model Baru

BMW 450RR Dilancarkan. Hadir Dengan Pakej Cukup Menarik!

Tapi kali ini, BMW bawa sesuatu yang lebih kecil ke dalam keluarga RR mereka menerusi BMW F 450 RR, sebuah motosikal sport bersaiz sederana yang tampil dengan enjin 420cc, dua silinder (parallel-twin) dan sistem sejukan cecair.

Model Baru

Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

Ducati terus menhangatkan pasaran superbike dengan melancarkan Panigale V4 S 2027, sebuah jentera sport yang menggabungkan enjin Desmosedici Stradale V4, Sistem Saspensi Elektronik Öhlins dan rekabentuk aerodinamik yang diinspirasikan daripada dunia perlumbaan.

Model Baru

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

KTM Malaysia secara rasminya memperkenalkan model supersport baharu iaitu 990 RC R.