RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 30 Mac 2026

Hakim Danish: 'Start' Petak Terakhir, Tamatkan Saingan di Posisi ke-13

Hakim Danish Ramli mempamerkan semangat juang tinggi apabila bangkit daripada terjatuh di sesi kelayakan untuk menamatkan perlumbaan Grand Prix (GP) Amerika Syarikat 2026 di tempat ke-13.


Hakim Danish yang terjatuh ketika sesi kelayakan hingga gagal mencatat masa terpaksa memulakan perlumbaan dari petak ke-25, namun tidak membiarkan situasi itu menjejaskan fokusnya ketika turun bersaing di Litar Circuit of The Americas (COTA), semalam. Sebaliknya, pelumba pasukan AEON Credit MT Helmets-MSi itu mempamerkan tunggangan agresif dan konsisten apabila memperbaiki kedudukan seawal pusingan pertama.


Pelumba kelahiran Terengganu itu juga berjaya mencari ruang sebelum memintas tujuh pelumba dalam tiga pusingan awal untuk kembali bersaing dalam kelompok tengah. Momentum tersebut diteruskan sepanjang perlumbaan meskipun berdepan cabaran terutama pengurusan tayar serta tekanan fizikal susulan insiden kelayakan pada Sabtu.

Hasil kerja keras Danish membuahkan hasil apabila berjaya menamatkan saingan di kedudukan ke-13 sekali gus mengutip tiga mata di COTA. Selepas tiga pusingan, Hakim Danish kini menghuni tangga ke-14 keseluruhan selepas mengumpul 9 mata keseluruhan.

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Hakim Danish Gegarkan SIC. Nyaris Podium Di Laman Sendiri

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Marc Marquez Kembali di Pucak Selepas Menang di Misano!

Hakim Danish Bangkit Dari Petak Ke-25

Disyorkan untuk anda
Dari Litar

Hakim Danish Gegarkan SIC. Nyaris Podium Di Laman Sendiri

Muhammad Hakim Danish Ramli membuktikan bahawa dirinya mempunyai semangat juang luar biasa apabila menamatkan perlumbaan Moto3 Grand Prix Malaysia 2026 di tempat keempat di Litar Antarabangsa Sepang (SIC).

Model Baru

Global: Honda CBR500R FOUR Serba Baru Diperkenalkan

Honda Eropah baru sahaja memperkenalkan model sport baru iaitu CBR500R FOUR yang kini hadir dengan enjin 4 silinder sebaris dan sistem E-Clutch yang sudah pasti menjanjikan kemantapan tunggangan di jalanan biasa, laluan berselekoh mahupun di dalam litar.

Model Baru

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

Honda global melancarkan model serba baharu iaitu CRF1150L Africa Twin Enduro Sports.

Model Baru

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

KTM 790 Duke 2027 dikatakan akan di bawa masuk ke pasaran negara tahun hadapan.