RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 12 Mei 2026

Kedudukan 1-2-3 Untuk Aprilia - Jorge Martin Menang di Le Mans

Jorge Martin kembali mencipta keajaiban apabila raih tempat pertama dalam GP Perancis di Le Mans selepas kali terakhir menang di GP Indonesia pada tahun 2024. Lebih dramatik lagi dalam pusingan ke-4 ini pasukan Aprilia mendaapatkan kemenangan  di kedudukan satu, dua dan tiga.

Saingan kelas premier bermula dengan Marco Bezzecchi memulakan perlumbaan dengan cermelang apabila terus mendahului. Pada masa yang sama, Fabio Quartararo (Monster Energy Yamaha MotoGP) memberi saingan sengit di hadapan penyokong sendiri di Perancis, namun persaingan di kelompok hadapan terus berubah apabila Francesco Bagnaia (Ducati Lenovo Team) yang bermula dari petak pertama terjatuh pada pusingan ke-16.

Jorge Martin pula yang pada awalnya tidak berada di kelompok hadapan mula menunjukkan peningkatan yang ketara. Dengan rentak yang konsisten dan pantas, beliau berjaya memotong satu demi satu pelumba sehingga berada dalam kelompok teratas. Dalam beberapa lagi pusingan, Martin semakin hampir dengan Bezzecchi yang ketika itu masih mendahului perlumbaan.

Martin akhirnya berjaya melakukan pintasan kemas ke atas Bezzecchi di selekoh ketiga pada pusingan terakhir. Aksi berani dan tepat itu membolehkannya merampas kedudukan pertama dan selepas itu beliau terus mengekalkan kedudukan sehingga ke garisan penamat untuk meraih kemenangan dengan penuh emosi.

Lebih menarik, perlumbaan ini turut mencipta sejarah buat pasukan Aprilia apabila mereka berjaya menguasai podium dengan kedudukan 1-2-3. Marco Bezzecchi menamatkan perlumbaan di tempat kedua, namun masih mengekalkan kedudukan selesa dalam kejuaraan walaupun kelebihannya kini hanya tinggal satu mata sahaja. Sementara itu, Ai Ogura daripada pasukan Trackhouse MotoGP Team mencuri tumpuan apabila berjaya meraih podium MotoGP pertamanya yang juga merupakan podium pertama pelumba Jepun sejak tahun 2012.

Pelumba lain seperti Pedro Acosta dan Fabio Di Giannantonio turut menunjukkan saingan sengit di kelompok hadapan, manakala Fabio Quartararo menamatkan perlumbaan di tempat keenam di laman sendiri.

Perlumbaan seterusnya iaitu GP Itali akan berlangsung pada 29hb hingga 31hb Mei 2026. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Hakim Danish Gegarkan SIC. Nyaris Podium Di Laman Sendiri

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Marc Marquez Kembali di Pucak Selepas Menang di Misano!

Hakim Danish Bangkit Dari Petak Ke-25

Disyorkan untuk anda
Model Baru

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Didi Group, pengimport dan pengedar tunggal Aprilia di Malaysia, memperkenalkan model istimewa Aprilia RS 457 GP Replica sempena PETRONAS Grand Prix of Malaysia 2026 di Litar Antarabangsa Sepang pada 30 Oktober lalu. Lebih istimewa, majlis pelancaran tersebut turut diserikan dengan kehadiran pelumba Aprilia Racing MotoGP, Marco Bezzecchi.

Dari Litar

Hakim Danish Gegarkan SIC. Nyaris Podium Di Laman Sendiri

Muhammad Hakim Danish Ramli membuktikan bahawa dirinya mempunyai semangat juang luar biasa apabila menamatkan perlumbaan Moto3 Grand Prix Malaysia 2026 di tempat keempat di Litar Antarabangsa Sepang (SIC).

Model Baru

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

KTM 790 Duke 2027 dikatakan akan di bawa masuk ke pasaran negara tahun hadapan.

Pandu Uji

KOVE 800X GT: Best Untuk Kembara...Syok Di Selekoh

Untuk model yang baru sahaja saya pick-up iaitu KOVE 800X GT, saya rasa lebih baik kalau dibawa keluar jauh. Bukan setakat pusing-pusing bandar.