RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 10 Jun 2026

Marc Marquez Cipta Sejarah di GP Hungary

GP Hungary: Marc Marquez mencipta satu lagi sejarah apabila meraih kemenangan buat kali ke-100 dalam karier Grand Prix selepas muncul juara pada perlumbaan MotoGP Hungary 2026, sekali gus mengukuhkan statusnya sebagai antara legenda terbesar dalam dunia MotoGP. Kejayaan ini juga meletakkan dirinya setaraf dengan dua lagi lagenda dunia perlumbaan iaitu Giacomo Agostini dan Valentino Rossi.

Pelumba pasukan Ducati tersebut mempamerkan aksi cemerlang sepanjang hujung minggu perlumbaan apabila meraih petak utama, memenangi Sprint Race dan mengungguli perlumbaan utama di Litar Balaton Park. Pedro Acosta dari KTM menamatkan perlumbaan di tempat kedua manakala rakan sepasukan M. Marquez, Francesco Bagnaia melengkapkan podium di kedudukan ketiga.

Perlumbaan bermula dengan insiden dramatik di selekoh pertama yang menyaksikan pendahulu kejuaraan dunia, Marco Bezzecchi, terlibat dalam kemalangan di Selekoh 1 dan gagal menamatkan perlumbaan. Situasi itu memberi kelebihan kepada pencabar-pencabar lain untuk merapatkan jurang dalam kedudukan keseluruhan.

Sepanjang persaingan, Acosta sempat mendahului dan memberi tentangan sengit, namun M. Marquez berjaya memintas semula di pertengahan saingan sebelum memecut membuka jurang lebih satu saat di depan. Walaupun menerima tekanan daripada Acosta pada peringkat awal perlumbaan, pengalaman Marquez jelas menjadi pemisah apabila beliau berjaya mengawal perlumbaan hingga ke garisan penamat.

Kemenangan bersejarah itu turut memberikan Ducati kemenangan ke-100 mereka dalam kelas premier MotoGP. Lebih penting, kejayaan tersebut membuktikan Marquez semakin kembali ke prestasi terbaik selepas beberapa musim berdepan masalah kecederaan.

Di belakang, Ai Ogura meneruskan aksi konsisten untuk tamat di tempat keempat selepas berjaya menundukkan Luca Marini di penghujung saingan. Tempat keenam dimenangi oleh pelumba rookie Honda LCR iaitu Diogo Moreira diikuti Ikuer Lecuona di tempat ketujuh. Tahniah juga buat Jack Miller yang menamatkan saingan di tempat kelapan diikuti rapat oleh Enea Bastianini dan Brad Binder yang melengkapkan kelompok 10 pelumba terbaik.

Dengan baki saingan musim yang masih panjang, keputusan di Hungary dijangka menyemarakkan lagi perebutan kejuaraan dunia MotoGP 2026. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Hakim Danish Gegarkan SIC. Nyaris Podium Di Laman Sendiri

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Marc Marquez Kembali di Pucak Selepas Menang di Misano!

Hakim Danish Bangkit Dari Petak Ke-25

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Global: Honda CBR500R FOUR Serba Baru Diperkenalkan

Honda Eropah baru sahaja memperkenalkan model sport baru iaitu CBR500R FOUR yang kini hadir dengan enjin 4 silinder sebaris dan sistem E-Clutch yang sudah pasti menjanjikan kemantapan tunggangan di jalanan biasa, laluan berselekoh mahupun di dalam litar.

Warta Roda

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Menurut pihak MForce selaku pengedar rasmi jenama VOGE di Malaysia, kelewatan proses pemasangan model VOGE SR450X di Malaysia adalah disebabkan pihak VOGE telah membuat penambahbaikan ke atas bahagian tangki bahan api.

Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

Model Baru

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

KTM 790 Duke 2027 dikatakan akan di bawa masuk ke pasaran negara tahun hadapan.