RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 1 Julai 2026

MotoGP Malaysia Kekal Di Sepang Hingga 2031

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mengumumkan MotoGP Malaysia akan terus dianjurkan selama lima tahun lagi selepas kontrak penganjuran diperbaharui bagi tempoh 2027 hingga 2031. Keputusan yang mendapat kelulusan Jemaah Menteri itu menegaskan komitmen kerajaan untuk memastikan Malaysia kekal sebagai destinasi utama sukan permotoran dunia.

"MotoGP Malaysia bukan sekadar acara sukan bertaraf antarabangsa, malah merupakan aset strategik negara yang memberi impak besar kepada ekonomi, pelancongan dan pembangunan industri. Sejak berpindah ke PETRONAS Sepang International Circuit pada tahun 1999, perlumbaan ini telah menjadi antara acara sukan paling berprestij di negara ini," kata Menteri Belia dan Sukan, Dr. Mohammed Taufiq Johari.

Kajian menunjukkan penganjuran MotoGP Malaysia pada tahun 2024 menjana kira-kira RM694 juta kepada ekonomi negara dengan mewujudkan lebih 4,400 peluang pekerjaan serta memberikan pulangan pelaburan sekitar 6.3 kali ganda.

MotoGP Malaysia turut memainkan peranan penting dalam pembangunan bakat sukan permotoran tempatan menerusi program Malaysian Motorsport Development (MDEV). Hasilnya, beberapa pelumba muda negara seperti Hakim Danish dan Qabil Irfan kini semakin menyerlah di pentas antarabangsa.

Selain manfaat kepada industri dan pembangunan bakat, Pelan Induk Pembangunan SIC 2035 dijangka berupaya menarik pelaburan sehingga RM1 bilion serta mewujudkan lebih 5,000 peluang pekerjaan berimpak tinggi pada masa hadapan.

Dengan pembaharuan kontrak ini, Malaysia dijangka terus mengukuhkan kedudukannya dalam kalendar MotoGP dunia sambil membuka lebih banyak peluang ekonomi, pembangunan industri dan melahirkan generasi pelumba baharu bertaraf antarabangsa. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Hakim Danish Gegarkan SIC. Nyaris Podium Di Laman Sendiri

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Marc Marquez Kembali di Pucak Selepas Menang di Misano!

Hakim Danish Bangkit Dari Petak Ke-25

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

Model kembara mewah, Brixton K750GT bakal masuki pasaran negara.

Warta Roda

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Haramoto-san merupakan Ketua Projek Utama (Large Project Leader, LPL) di Honda yang mengetuai pembangunan CB1000F; sebuah motosikal jalanan gaya retro yang mengambil inspirasi daripada jentera lumba ikonik milik ‘Fast Freddie’.

Warta Roda

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha Blu Universe pertama di Malaysia

Model Baru

Global: Honda CBR500R FOUR Serba Baru Diperkenalkan

Honda Eropah baru sahaja memperkenalkan model sport baru iaitu CBR500R FOUR yang kini hadir dengan enjin 4 silinder sebaris dan sistem E-Clutch yang sudah pasti menjanjikan kemantapan tunggangan di jalanan biasa, laluan berselekoh mahupun di dalam litar.