RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 8 Julai 2026

Hakim Danish Mahu Kekalkan Momentum di GP Jerman

Hakim Danish Ramli mahu meneruskan rentak cemerlang dalam saingan Moto3 apabila mengharungi cabaran Pusingan 11 GP Jerman di Litar Sachsenring pada hujung minggu ini.

Pelumba pasukan AEON Credit-MT Helmets-MSi itu hadir dengan keyakinan tinggi selepas melonjak ke tangga keenam keseluruhan hasil kemenangan bersejarah di GP Republik Czech kemudian menambah sembilan mata berharga di GP Belanda.

Walaubagaimanapun, litar Sachsenring dijangka menjadi antara ujian paling mencabar buat pelumba berusia 18 tahun itu. Karakter litar yang unik dengan majoriti selekoh ke arah kiri, laluan sempit serta teknikal menuntut tahap ketepatan, konsistensi dan fokus yang tinggi sepanjang perlumbaan.

Sebagai rekod, Hakim Danish pernah beraksi di Sachsenring dalam saingan Red Bull MotoGP Rookies Cup musim lalu dengan menamatkan Perlumbaan 1 di kedudukan ke-10 sebelum menamatkan Perlumbaan 2 di tempat ke-18.

Walaupun rekod di litar itu tidak begitu memihak kepadanya, peningkatan prestasi yang dipamerkan sepanjang musim ini memberi keyakinan bahawa beliau mampu tampil lebih kompetitif. Tempoh rehat selama seminggu selepas GP Belanda turut dimanfaatkan sepenuhnya untuk menjalani latihan dan membuat persiapan menjelang perlumbaan di Jerman.

Hakim Danish turut menghuni tangga kedua dalam perebutan gelaran Rookie of the Year dengan mengumpul 82 mata yang hanya mempunyai jurang sebanyak 20 mata dengan pendahulu carta keseluruhan iaitu Brian Uriarte. Kedudukan itu meletakkannya dalam landasan terbaik untuk terus mengurangkan jurang dan mengukuhkan kedudukan menjelang rehat pertengahan musim.

Selepas berjaya mara ke sesi Kelayakan 2 (Q2) dalam beberapa pusingan terakhir serta konsisten bersaing bersama kelompok hadapan, Hakim Danish kini menyasarkan untuk mengekalkan momentum positif itu di Sachsenring dan meneruskan kemaraan dalam perebutan kedudukan terbaik keseluruhan Moto3 musim ini. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Hakim Danish Gegarkan SIC. Nyaris Podium Di Laman Sendiri

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Marc Marquez Kembali di Pucak Selepas Menang di Misano!

Hakim Danish Bangkit Dari Petak Ke-25

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Voge DS800X Rally akhirnya tiba ke pasaran negara.

Dari Litar

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marco Bezzecchi mencuri tumpuan apabila menjuarai Grand Prix Indonesia di Litar Antarabangsa Mandalika, sekali gus menghidupkan semula cabarannya dalam perebutan gelaran dunia MotoGP 2026.

Model Baru

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

Honda global melancarkan model serba baharu iaitu CRF1150L Africa Twin Enduro Sports.

Warta Roda

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

Model kembara mewah, Brixton K750GT bakal masuki pasaran negara.