RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 13 Julai 2026

Hakim Danish Kutip Mata Berharga Walaupun Berdepan Cabaran di Sachsenring

Hakim Danish Ramli terus mengutip mata berharga dalam saingan Moto3 apabila menamatkan GP Jerman di Litar Sachsenring di kedudukan ke-12 selepas memulakan perlumbaan dari petak ketiga. Walaupun berdepan dengan pelbagai cabaram, pelumba pasukan AEON Credit-MT Helmets-MSi itu tetap membawa pulang empat mata berharga untuk mengekalkan kedudukannya dalam kelompok 10 pelumba terbaik keseluruhan.

Sepanjang sesi Latihan Bebas 1 (FP1), sesi Latihan dan FP2, Hakim Danish bersama pasukan berdepan kesukaran mendapatkan tetapan jentera yang ideal apabila mengalami masalah gegaran pada bahagian hadapan motosikal. Keadaan itu menyukarkan pasukan mencari penyelesaian terbaik terutama dalam memastikan tayar belakang memberikan tahap cengkaman yang optimum. Namun, terdapat beberapa pelarasan berjaya dilakukan menjelang sesi kelayakan apabila penggunaan tayar lembut meningkatkan keyakinan Hakim Danish di atas jentera. 

Dalam perlumbaan 23 pusingan, Hakim Danish memulakan saingan dengan cemerlang apabila melonjak ke kedudukan kedua sebaik sahaja lampu hijau dipadamkan sebelum menamatkan pusingan pertama di tempat keenam. Beliau terus bersaing rapat bersama kelompok hadapan sehingga pusingan ketiga. Namun, mula kehilangan beberapa posisi apabila prestasi tayar belakang semakin merosot. Walaupun masalah gegaran pada bahagian hadapan berjaya diatasi, kekurangan cengkaman tayar belakang menyukarkan beliau untuk mengekalkan rentak bersama pelumba di hadapan.

Hakim Danish bagaimanapun tidak mengalah dan terus berusaha mengawal jenteranya dalam keadaan yang mencabar. Beliau berjaya memperbaiki kedudukan pada pertengahan perlumbaan sebelum melintasi garisan penamat di tempat ke-12 dengan catatan masa 33 minit 19.287 saat.

Keputusan tersebut membolehkan Hakim Danish menambah empat mata lagi dengan mengumpul sebanyak 86 mata keseluruhan selepas 11 pusingan. Beliau kini kekal di tangga ketujuh keseluruhan Kejuaraan Dunia Moto3, selain berada di kedudukan ketiga dalam perebutan gelaran Rookie of the Year dengan 86 mata. Hakim Danish kini hanya ketinggalan empat mata di belakang pelumba Indonesia iaitu Veda Pratama manakala pendahulu kategori Moto3, Brian Uriarte dengan mengumpul 127 mata.

Walaupun tidak memperoleh keputusan seperti yang diharapkan, aksi di Sachsenring memberikan pengalaman berharga kepada Hakim Danish, khususnya dalam mengendalikan jentera ketika tahap cengkaman tayar tidak berada pada prestasi terbaik. Pengalaman itu dijangka menjadi bekalan penting buat beliau dan pasukan untuk terus memperhalusi tetapan jentera serta meningkatkan prestasi menjelang pusingan seterusnya dalam usaha memburu keputusan yang lebih kompetitif. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Hakim Danish Gegarkan SIC. Nyaris Podium Di Laman Sendiri

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Marc Marquez Kembali di Pucak Selepas Menang di Misano!

Hakim Danish Bangkit Dari Petak Ke-25

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Voge DS800X Rally akhirnya tiba ke pasaran negara.

Dari Litar

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

PETRONAS Grand Prix of Malaysia 2026 bakal kembali berlangsung di Litar Antarabangsa PETRONAS Sepang (SIC) dari 30 Oktober hingga 1 November ini.

Warta Roda

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd. (Mforce), telah menganjurkan Majlis Penyerahan Motosikal bagi Program Proof of Concept (PoC) kepada Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), Polis Diraja Malaysia (PDRM), di ibu pejabat Mforce yang beroperasi di Valdor, Pulau Pinang.

Model Baru

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

Honda global melancarkan model serba baharu iaitu CRF1150L Africa Twin Enduro Sports.