RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 29 Ogos 2026

Bezzecchi Terpantas di Aragon

Marco Bezzecchi mencatat masa terpantas pada sesi latihan MotoGP di MotorLand Aragon pada hari Jimaat apabila pelumba Aprilia Racing itu merekodkan masa 1 minit 45.455 saat. Bezzecchi hanya dipisahkan 0.038 saat dengan Alex Marquez dan Marc Marquez yang masing-masing menduduki tempat kedua serta ketiga. Sesi Jumaat itu turut menyaksikan rekod pusingan litar dipecahkan sebanyak tiga kali.

Marc Marquez pada awalnya menguasai sebahagian besar sesi sebelum memasuki fasa terakhir apabila pelumba itu mula melakukan catatan time attack. Fermin Aldeguer sempat mengambil kedudukan pertama sebelum Marc kembali menunjukkan prestasi cemerlang. Pelumba Ducati Lenovo Team itu kemudian mencatat masa 1:45.493 saat untuk memecahkan rekod litar miliknya sendiri. Alex Marquez turut memberikan saingan apabila berjaya menghampiri catatan tersebut.

Bagaimanapun, Bezzecchi tampil dengan catatan masa lebih pantas pada penghujung sesi untuk mengambil alih kedudukan pertama daripada Marc dengan kelebihan hanya 0.038 saat. Alex yang melakukan percubaan terakhir turut berjaya mengatasi catatan masa abangnya, tetapi masih tidak mampu menewaskan Bezzecchi. Keputusan itu sekali gus menyaksikan tiga pelumba teratas hanya dipisahkan dalam lingkungan 0.038 saat.

Fabio Di Giannantonio menamatkan sesi di tempat keempat diikuti Aldeguer dan Raul Fernandez. Jorge Martin berada di tempat ketujuh manakala Pedro Acosta dan Franco Morbidelli masing-masing di tempat kelapan dan kesembilan. Johann Zarco pula mencuri tumpuan apabila terus berada dalam kelompok 10 pelumba terbaik apabila kembali beraksi selepas berehat selama tiga bulan.

Diogo Moreira menduduki tempat ke-11 dan terlepas sesi ke Q2 dengan hanya 0.010 saat berbanding Zarco. Francesco Bagnaia pula terpaksa berpuas hati di tempat ke-13 selepas melakukan kesilapan pada pusingan terakhir manakala Fabio Quartararo menjadi pelumba Yamaha terbaik di tempat ke-14. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Hakim Danish Gegarkan SIC. Nyaris Podium Di Laman Sendiri

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Marc Marquez Kembali di Pucak Selepas Menang di Misano!

Hakim Danish Bangkit Dari Petak Ke-25

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

Ducati terus menhangatkan pasaran superbike dengan melancarkan Panigale V4 S 2027, sebuah jentera sport yang menggabungkan enjin Desmosedici Stradale V4, Sistem Saspensi Elektronik Öhlins dan rekabentuk aerodinamik yang diinspirasikan daripada dunia perlumbaan.

Model Baru

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

KTM 790 Duke 2027 dikatakan akan di bawa masuk ke pasaran negara tahun hadapan.

Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

Model Baru

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Kawasaki melangkah ke era lebih menarik dengan memperkenalkan Versys 900 2027, sebuah motosikal sport-touring yang menggabungkan enjin 948cc, empat silinder sebaris yang berkuasa 120hp pada 9,500rpm dan tork 9.3Nm pada 8,000rpm.