RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 2 September 2026

Akid Aziz Kembali! Perkuatkan Pasukan VOGE AS25 RACING TEAM

Selepas sekian lama menyepi daripada saingan PETRONAS MAM Malaysian Cub Prix Championship, Muhammad Akid Aziz membuat kemunculan semula apabila diumumkan sebagai pelumba pasukan VOGE AS25 Racing Team untuk mengharungi tiga pusingan terakhir kategori CP150.

Akid bukanlah nama asing dalam arena Cub Prix tempatan. Beliau mempunyai pengalaman yang cukup luas dalam dua perlumbaa dua roda dan pernah bergelar sebagai juara keseluruhan kategori C150. Kehadirannya dilihat mampu memberikan suntikan penting kepada VOGE AS25 Racing Team dalam usaha meningkatkan prestasi pada baki musim ini.

Menurut Pemilik pasukan VOGE AS25 Racing Team, Azlan Shah Kamaruzaman, jentera VOGE FR150 kini sudah menunjukkan kemampuan untuk bersaing dengan pengeluar lain. oleh itu, pasukan mahu mengambil langkah seterusnya bagi memburu keputusan yang lebih kompetitif.

Pengalaman serta rekod Akid dalam saingan Cub Prix menjadi antara aset utama yang diharapkan dapat membantu memperkuatkan pasukan yang bukan sahaja untuk baki musim 2026 tetapi turut menjadi persediaan menghadapi musim 2027.

Bagi Akid Aziz pula, peluang menyertai VOGE AS25 Racing Team dianggap sebagai cabaran baharu dalam karier perlumbaannya. Penyertaan itu juga membuka ruang buatnya untuk membantu pasukan mengembangkan lagi potensi jentera VOGE FR150 dalam saingan CP150.

Kerjasama tersebut turut memperlihatkan komitmen VOGE AS25 Racing Team bersama AS 25 Motorsport Sdn. Bhd., dengan sokongan penuh penajaan daripada Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd. dalam usaha memperkukuhkan program perlumbaan VOGE di Malaysia serta meningkatkan daya saing pasukan dalam arena Malaysian Cub Prix. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Hakim Danish Gegarkan SIC. Nyaris Podium Di Laman Sendiri

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Marc Marquez Kembali di Pucak Selepas Menang di Misano!

Hakim Danish Bangkit Dari Petak Ke-25

Disyorkan untuk anda
Model Baru

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

KTM 790 Duke 2027 dikatakan akan di bawa masuk ke pasaran negara tahun hadapan.

Model Baru

Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

Ducati terus menhangatkan pasaran superbike dengan melancarkan Panigale V4 S 2027, sebuah jentera sport yang menggabungkan enjin Desmosedici Stradale V4, Sistem Saspensi Elektronik Öhlins dan rekabentuk aerodinamik yang diinspirasikan daripada dunia perlumbaan.

Warta Roda

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Menurut pihak MForce selaku pengedar rasmi jenama VOGE di Malaysia, kelewatan proses pemasangan model VOGE SR450X di Malaysia adalah disebabkan pihak VOGE telah membuat penambahbaikan ke atas bahagian tangki bahan api.

Dari Litar

Hakim Danish Gegarkan SIC. Nyaris Podium Di Laman Sendiri

Muhammad Hakim Danish Ramli membuktikan bahawa dirinya mempunyai semangat juang luar biasa apabila menamatkan perlumbaan Moto3 Grand Prix Malaysia 2026 di tempat keempat di Litar Antarabangsa Sepang (SIC).