RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 10 September 2026

Hakim Danish Sasar Keputusan Lebih Baik di Misano

Pelumba muda negara, Hakim Danish Ramli menyasarkan keputusan lebih baik apabila kembali beraksi padaGP San Marino di Litar Misano pada hujung minggu ini.

Pelumba AEON Credit-MT Helmets-MSi itu hadir ke Misano selepas sekadar menamatkan GP Aragon di tempat ke-12 dengan mengutip empat mata. Keputusan tersebut pastinya mahu diperbaiki terutama ketika saingan Moto3 2026 telah memasuki fasa penting.

Hakim Danish sedar cabaran di Misano bukanlah mudah apabila perlu berdepan barisan pelumba Eropah yang lebih berpengalaman serta sudah biasa dengan karakter litar berkenaan. Oleh itu, pelumba berusia 19 tahun itu perlu mendapatkan rentak seawal sesi latihan bagi memastikan dirinya berada dalam kelompok hadapan menjelang sesi kelayakan dan perlumbaan.

Pada masa yang sama, Hakim Danish bersama barisan kru turut memberi tumpuan kepada beberapa aspek pada jentera yang masih boleh diperbaiki berdasarkan pengalaman di Aragon. Keserasian antara pelumba, jentera dan pasukan menjadi antara faktor penting bagi mendapatkan tetapan yang lebih sesuai dengan karakter Litar Misano.

Pelumba kelahiran Terengganu itu kini mengumpul 90 mata untuk berada di tangga kelapan keseluruhan  Moto3 2026. Dengan jurang mata yang masih boleh dikejar, GP San Marino menjadi peluang penting untuk Hakim Danish menambah kutipan mata dan memperbaiki kedudukannya dalam tangga keseluruhan.

Berbaki sembilan lagi pusingan sebelum musim 2026 melabuhkan tirai di GP Valencia pada 29 November, setiap mata yang perlu dikutip amat berharga. Hakim Danish pastinya mahu menggunakan baki saingan musim ini untuk meningkatkan prestasi serta menamatkan kempen Moto3 dengan momentum positif. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Hakim Danish Gegarkan SIC. Nyaris Podium Di Laman Sendiri

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Marc Marquez Kembali di Pucak Selepas Menang di Misano!

Hakim Danish Bangkit Dari Petak Ke-25

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Wow...katanya para peminat dua roda tanahair bakal mempunyai satu lagi pilihan menarik apabila sebuah jenama motosikal dijangka akan hadir ke pasaran negara dengan mengenengahkan skuter berkonsepkan retro.

Pandu Uji

KOVE 800X GT: Best Untuk Kembara...Syok Di Selekoh

Untuk model yang baru sahaja saya pick-up iaitu KOVE 800X GT, saya rasa lebih baik kalau dibawa keluar jauh. Bukan setakat pusing-pusing bandar.

Pandu Uji

Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

Sempena penganjuran Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026, pihak media turut diberi peluang menyertai acara edisi kedua itu dengan menunggang Kawasaki KLE500.

Warta Roda

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Aveta Malaysia turut memperkenalkan Nova 200 Limited Edition yang menampilkan warna dan kemasan berbeza berbanding varian standard.