RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 24 September 2020

Honda CB125F 2021 Diperkenalkan Untuk Pasaran Eropah

Honda telah memperkenalkan model terbaru, CB125F yang akan berada di pasaran Eropah untuk tahun 2021. Enjin 125cc lengkap dengan eSP ('enhanced Smart Power') serba baru yang telah dipertingkatkan untuk hantaran kuasa lebih mantap serta penjimatan bahan api yang mengagumkan. Model berenjin sederhana ini pastinya menepati citarasa para peminat motosikal dengan kuasa hantaran kuasa 8kW pada 7,500rpm dan tork 10.9Nm pada 6,000rpm.

CB125F ini disempurnakan dengan rekabentuk hadapan yang mantap dan anggun sekali. Lampu-lampu jenis LED yang disempurnakan padanya memberikan suluhan yang cukup terang. Pandangan dari setiap sudut mantap dengan kemasan yang berkualiti tinggi – kesinambungan DNA keluarga CB. Tangki bersaiz 11 liter yang disepadukan pada CB ini menawarkan purata perjalanan dalam anggaran 800 kilometer. Cukup jimat dan sesuai untuk pengembaraan!

Panel meter Honda ini (jenis digital) dilengkapkan dengan penunjuk posisi gear, purata penggunaan minyak, isi tangki, ECO, tahap kelajuan, putaran rpm, jam, jarak kelajuan dan banyak lagi. Jentera jalanan ini didatangkan dengan kerangka jenis tubular, 1.7kg lebih ringan tetapi bertegaran tinggi. Ia menampilkan geometri yang direka cukup tepat yang memberikan keseimbangan terbaik untuk perjalanan yang stabil, mudah dikawal dan selamat.

Kemantapan tunggangan di setiap masa datangnya dari penyerap hentak belakang limat tahap dan fork teleskopik 31mm di depan yang cukup efisien. Tayar-tayar bersaiz 80/100 (depan) dan 90/90 di belakang dikawal oleh brek hadapan jenis cakera 240mm dan brek jenis gelendong di belakang beserta ABS.

Dengan enjin seperti ini, ia adalah jentera jalanan yang cukup sesuai untuk membawa kita dari Titik A ke Titik B dengan selesa dan menyeronokkan. Jimat petrol, cantik bergaya dan mudah dikawal! Memang best... Agaknya masuk pasaran negara tak? RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Haramoto-san merupakan Ketua Projek Utama (Large Project Leader, LPL) di Honda yang mengetuai pembangunan CB1000F; sebuah motosikal jalanan gaya retro yang mengambil inspirasi daripada jentera lumba ikonik milik ‘Fast Freddie’.

Dari Litar

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marco Bezzecchi mencuri tumpuan apabila menjuarai Grand Prix Indonesia di Litar Antarabangsa Mandalika, sekali gus menghidupkan semula cabarannya dalam perebutan gelaran dunia MotoGP 2026.

Model Baru

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

HLYM secara rasminya melancarkan model supersport baharu iaitu YZF-R9.

Model Baru

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Aveta Malaysia terus mengukuhkan kedudukannya dalam pasaran motosikal Malaysia menerusi pembukaan rasmi G Elite Motor – Aveta Elite Centre di Shah Alam, Selangor.