RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 30 Oktober 2026

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

Baru-baru ini pihak Mforce telah mengadakan program Proof of Concept (PoC) bersama-sama Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang melibatkan tiga jenama terdiri daripada CFMOTO (1250 TR-G), Moto Morini (Xcape 1200) dan Brixton (K750GT).

Antara ketiga-tiga model tersebut, hanya CFMOTO 1250 TR-G dan Moto Morini Xcape 1200 dipasarkan di Malaysia manakala status untuk Brixton K750GT masih menjadi tanda tanya.

Terkini, pihak Mforce menyatakan bahawa model tersebut akan diperkenalkan ke pasaran negara pada Suku Pertama tahun hadapan (2027). Lebih menarik, harga jualannya dijangka di bawah RM40,000.

K750GT disempurnakan dengan enjin bersesaran 730cc, sistem sejukan cecair, 2 silinder sebaris, DOHC yang menawarkan hantaran kuasa sekitar 70 hingga 82 hp @ 7,500 hingga 8,500rpm (bergantung pada pasaran tempatan) dan tork 67 to 70 Nm @ 6,500 hingga 7,100rpm 

Model ini juga hadir dengan sistem transmisi 6 kelakuan dan kemampuan memecut sehingga 205km/j (128bsj). Terdapat 2 varian pilihan iaitu GT dan Sport yang mempunyai beberapa perbezaan seperti saiz tangki dan berat keseluruhan.

Antara sistem elektronik yang dipadatkan pada model ini ialah sistem TPMS, Traction Control, ABS, Mod Tunggangan, sistem Connectivity dan Auto Cruise.

Pastinya model kembara mewah, CFMOTO K750GT ini mempunyai ramai peminat ya dan menunggu ketibaannya. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Aveta Malaysia turut memperkenalkan Nova 200 Limited Edition yang menampilkan warna dan kemasan berbeza berbanding varian standard.

Model Baru

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

KTM 790 Duke 2027 dikatakan akan di bawa masuk ke pasaran negara tahun hadapan.

Warta Roda

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Seramai 393 penunggang motosikal dari seluruh negara menyertai Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 yang berlangsung di Gerik, Perak pada pertengahan September yang lalu.

Model Baru

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

Honda global melancarkan model serba baharu iaitu CRF1150L Africa Twin Enduro Sports.