RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 10 September 2016

Benelli TNT25 Edisi Hitam Diperkenalkan

Benelli Keeway Motorcycles Sdn Bhd (BKM) telah menampilkan TnT25 edisi warna baru iaitu Hitam bagi memberikan lebih banyak pilihan buat para pencinta motosikal di Malaysia. TnT25 merupakan ahli keluarga terbaru dalam rangkaian jentera Benelli di negara ini yang mula berada di pasaran pada Februari lalu.

Berikutan sambutan yang cukup menggalakkan untuk model sedia ada iaitu berwarna Merah dan Hijau, sukacita dimaklumkan bahawa kemunculan Benelli TnT25 warna baru akan mendapat lebih perhatian.

“BKM masih mengekalkan harga yang sama pada model ini iaitu RM12,990 tidak termasuk GST dan orang ramai boleh mengunjungi semua rangkaian wakil pengedar yang bertauliah,” kata Pengurus Kanan Pembangunan Perniagaan, Komunikasi dan Hubungan Luar BKM, Wan Najib Wan Daud.

Menurut Wan Najib lagi, pengenalan model ini adalah untuk memberi pilihan kepada pengguna selain mengukuhkan kedudukan jenama Benelli di pasaran tempatan namun jika ia berjaya memberi impak yang besar kepada pasaran, ia merupakan bonus kepada BKM.

TnT25 didatangkan dalam tempoh jaminan selama setahun atau 10,000km (yang mana terdahulu) dan tempoh jaminan boleh dilanjutkan lagi untuk tiga bulan dengan syarat pemilik harus mendaftar pembelian melalui laman web BKM iaitu www.benelli.keeway.my. RR

Isu Pada

September 2016

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

Disyorkan untuk anda
Pandu Uji

KOVE 800X GT: Best Untuk Kembara...Syok Di Selekoh

Untuk model yang baru sahaja saya pick-up iaitu KOVE 800X GT, saya rasa lebih baik kalau dibawa keluar jauh. Bukan setakat pusing-pusing bandar.

Warta Roda

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Haramoto-san merupakan Ketua Projek Utama (Large Project Leader, LPL) di Honda yang mengetuai pembangunan CB1000F; sebuah motosikal jalanan gaya retro yang mengambil inspirasi daripada jentera lumba ikonik milik ‘Fast Freddie’.

Model Baru

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

KTM Malaysia secara rasminya memperkenalkan model supersport baharu iaitu 990 RC R.

Warta Roda

Yamaha XMAX 250 vs XMAX 300: Empat Media Kongsi Pengalaman

Kalau nak tahu sedap atau tidak sesebuah skuter, jangan tengok angka atas kertas saja. Jangan hanya sekadar membaca komen di sosial media. Jawapannya kena cari sendiri...kena rasai sendiri. Begitu juga dengan perbezaan antara dua skuter 'terhangat' di pasaran. Tak lain dan tak bukan... Yamaha XMAX 250 dan yang terbaru, Yamaha XMAX 300.