RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 10 September 2016

SCRAMBLER DUCATI SIXTY2 Sesuai Untuk Semua

Model sensasi Scrambler Ducati mula diperkenalkan pada tahun 1962 yang melambangkan gaya hidup ceria dan bebas. Ia merupakan sebuah jentera ikon yang disukai oleh segenap pencinta motosikal hingga ke saat ini. Tahun lalu, Scrambler Ducati telah diperkenalkan semula dengan empat varian yang cukup istimewa. Icon, Urban Enduro, Full Throttle dan Classic terbukti berjaya meraih permintaan yang cukup tinggi di pasaran dunia termasuk di Malaysia.

Terbaru, Next Bike Sdn Bhd (pengedar rasmi Ducati di Malaysia) telah memperkenalkan model baru dalam 'keluarga' Scrambler Ducati iaitu Scrambler Ducati Sixty2. Model baru ini terus mengekalkan legasi Scrambler Ducati dengan enjin yang lebih kecil dan karaktor yang lebih lincah. Dengan kapasiti enjin 399cc, berat kering 167kg (tiga kg lebih ringan daripada model Icon 803cc), pastinya Sixty2 memenuhi permintaan para pengguna yang mahukan sebuah jentera yang cantik, seronok, bergaya dan mudah ditunggang.

“Model Sixty2 diinspirasikan oleh budaya muda mudi yang aktif dengan keseronokan bermain papan selaju, papan luncur dan muzik pop. Itulah sebabnya model ini sememangnya cukup popular di dalam siri Scrambler Ducati dan dikenali dengan panggilan 'Pop Icon'. Ia sebuah jentera yang mudah digunakan dan cukup sesuai untuk kegunaan harian,” kata Ketua Naza Bike, En. Jack Lo.

Dari segi luaran, Sixty2 sememangnya tidak banyak berbeza berbanding model-model 803cc. Antara perbezaan paling ketara yang dapat dilihat selain kapasiti enjin ialah pada bahagian fork hadapannya jenis teleskopik, lengan ayun, cermin sisi, rekabentuk sistem ekzos, saiz tangki dan saiz brek cakera hadapan lebih kecil.

Di hari yang sama, wakil media turut diberi peluang untuk menunggang uji kedua-dua varian Scrambler Ducati (803cc dan 399cc) untuk merasai perbezaannya. Sesi tunggang uji dilakukan di Bukit Tinggi yang berselekoh tajam.

Model Scrambler Ducati 803cc ternyata mempunyai kuasa tork (68Nm) yang jauh lebih tinggi berbanding Sixty2 (34.6Nm). Hantaran kuasa Scrambler 803cc sentiasa hadir dengan cemerlang setiap kali pendikit dipulas manakala sistem kotak gear enam kelajuan yang lancar memudahkan kita berada di setiap selekoh dengan stabil dan pantas.

Sebaik sahaja menukar kepada Sixty2, terus terang kami katakan, prestasinya cukup mengagumkan. Walaupun berisipadu 399cc, respon di antara pendikit dengan enjin yang sempurna menjadikan pendakian cukup pantas dan mantap. Tubuh badan yang lebih ringan membuatkan Sixty2 lebih lincah meratah setiap selekoh-selekoh tajam di Bukit Tinggi malah kami rasakan Sixty2 lebih seronok dipacu di jalanan sebegini berbanding model 803cc.

Gabungan sistem brek dan sistem saspensi yang cukup efisyen, Sixty2 dapat dimiringkan dengan yakin dan mantap sekali. Tayar Pirelli MT60 RS bersaiz 110/80 R18 (depan) dan 160/60 R17 (belakang) mencengkam dengan baik sekali tidak kira ketika di dalam selekoh mahu pun apabila kita membrek dengan keras. Memang cukup seronok menunggang Sixty2 ini.

Walaupun hanya seketika bersamanya, Sixty2 sudah memberikan pengalaman menunggang yang cukup mengujakan. Tahniah buat Ducati! Model ikonik serba moden ini ditawarkan dalam tiga pilihan warna iaitu Atomic Tangerine, Ocean Grey, Shining Black dan dijual pada harga jualan sebelum GST RM49,999. RR

Isu Pada

September 2016

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd. (Mforce), telah menganjurkan Majlis Penyerahan Motosikal bagi Program Proof of Concept (PoC) kepada Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), Polis Diraja Malaysia (PDRM), di ibu pejabat Mforce yang beroperasi di Valdor, Pulau Pinang.

Warta Roda

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Haramoto-san merupakan Ketua Projek Utama (Large Project Leader, LPL) di Honda yang mengetuai pembangunan CB1000F; sebuah motosikal jalanan gaya retro yang mengambil inspirasi daripada jentera lumba ikonik milik ‘Fast Freddie’.

Dari Litar

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marco Bezzecchi mencuri tumpuan apabila menjuarai Grand Prix Indonesia di Litar Antarabangsa Mandalika, sekali gus menghidupkan semula cabarannya dalam perebutan gelaran dunia MotoGP 2026.

Warta Roda

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Voge DS800X Rally akhirnya tiba ke pasaran negara.