RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 10 Oktober 2016

SYM SPORT RIDER 125i Sporty & Bergaya!

SYM Malaysia telah melancarkan produk terbaru iaitu sebuah jentera 125cc yang didatangkan dengan rekabentuk bergaya dan sistem suntikan bahan api demi penjimatan bahan api yang optimum. Lebih membanggakan apabila Malaysia telah dipilih sebagai negara pertama melancarkan model ini dan ia adalah satu penghargaan amat bermakna buat SYM Malaysia selepas menunjukkan pencapaian memberangsangkan selama ini.

Para VIP melancarkan model terbaru SYM Sport Rider 125i.
Para VIP melancarkan model terbaru SYM Sport Rider 125i.

Majlis pengenalan penuh meriah ini telah disempurnakan oleh Pengarah Urusan MForce Bike Holding Sdn Bhd, Dato' Sri Tan Lean Heah yang ditemani oleh Pengarah Besar VMEP, En. Chou Ken Yuan dan Pengerusi Persatuan Pengedar Motosikal dan Skuter Malaysia, En. Wee Hong.

Jentera baru ini menawarkan enjin berisipadu 123cc, empat lejang, SOHC dengan sistem penyejuk udara yang menghasilkan kuasa maksimum 9.5hp pada 8,000rpm dan tork 10.8Nm pada 5,500rpm dengan mematuhi piawaian perlepasan Euro 3. Dengan adanya teknologi sistem suntikan bahan api (EFI) dan saiz tangki 4.2 liter, Sport Rider 125i menjanjikan perjalanan yang lebih mantap dan menjimatkan.

Model serba baru ini juga didatangkan dengan rekaan unik menarik seperti meter digital, lampu DRL (daytime running light), ruang penyimpan bawah pelana yang luas, lampu belakang LED dan corak grafik yang kreatif.

Dengan kekuatan wakil-wakil pengedar, SYM Smartshop, khidmat lepas jualan dan unit bergerak (mobile team) ke seluruh negara, SYM kini terus bersemangat dan berkeyakinan tinggi untuk terus memberikan perkhidmatan terbaik kepada para pelanggan. Dua varian ditawarkan iaitu model biasa yang berharga RM5,450 dan model Special Edition (SE) berharga RM5,570 (kedua-duanya tidak termasuk GST6%) dengan tiga tahun waranti atau 30,000km (yang mana terdahulu).

SYM Sport Rider 125i boleh dimiliki pada tiga warna berbeza iaitu Merah, Kuning dan Biru manakala warna Matt Grey dikhaskan untuk model SE. Jentera terbaru ini boleh didapati menerusi pengedar-pengedar SYM di seluruh negara mulai September 2016.

Bersempena dengan pelancaran model baru ini, pihak SYM Malaysia turut melepaskan Konvoi Kembara Merdeka disertai kira-kira 30 orang pemilik SYM yang akan menjelajah ke Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Negeri Sembilan dan Selangor dengan jarak perjalanan sejauh 1,448 kilometer. Konvoi bersejarah ini turut disertai oleh empat buah SYM Sport Rider 125i demi membuktikan ketangkasan dan kemampuan sebenar jentera ini. RR

Isu Pada

Oktober 2016

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

Disyorkan untuk anda
Model Baru

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

KTM Malaysia secara rasminya memperkenalkan model supersport baharu iaitu 990 RC R.

Model Baru

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Kawasaki melangkah ke era lebih menarik dengan memperkenalkan Versys 900 2027, sebuah motosikal sport-touring yang menggabungkan enjin 948cc, empat silinder sebaris yang berkuasa 120hp pada 9,500rpm dan tork 9.3Nm pada 8,000rpm.

Warta Roda

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Menurut pihak MForce selaku pengedar rasmi jenama VOGE di Malaysia, kelewatan proses pemasangan model VOGE SR450X di Malaysia adalah disebabkan pihak VOGE telah membuat penambahbaikan ke atas bahagian tangki bahan api.

Model Baru

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

Honda global melancarkan model serba baharu iaitu CRF1150L Africa Twin Enduro Sports.