RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 13 Mac 2020

CFMOTO 700CL-X Ranggi

Ketika model ini diperkenalkan di pameran motosikal EICMA tahun lalu, ia telah menerima maklum balas yang cukup positif dari para pencinta motosikal yang hadir ke acara cukup eksklusif itu. Namun begitu, EICMA bukanlah 'pentas' pertama model baru CFMOTO 700CL-X memunculkan diri sebaliknya ia telah dilancarkan di sebuah lokasi bersejarah, Del Volo yang juga terletak di Milan. CFMOTO 700CL-X ini berada di dalam segmen mesin jalanan dengan konsep modern classic.

Dengan usaha berterusan untuk mengeluarkan produk-produk berkualiti dan berprestasi tinggi, CFMOTO sentiasa maju dalam pelbagai sudut seperti rekabentuk luaran, casis, sistem keselamatan, pakej elektronik dan keseronokan. Model 700CL-X disasarkan untuk para pencinta motosikal yang berjiwa adventure tetapi pada masa yang sama mementingkan kualiti dan gaya terkini.


CFMOTO telah menyempurnakan model ini dengan elemen retro yang jelas dilihat menerusi corak 'X' yang dikemaskan di beberapa bahagian, lampu utama LED berbentuk bulat, panel meter digital bentuk bulat, kerangka trellis yang terpapar, tangki berbentuk ramping, cermin sisi bentuk bulat dan pelana retro. Kerangka 700CL-X bertegaran tinggi tetapi cukup ringan (16.5kg) dan rekabentuk ergonomik menawarkan keselesaan buat penunggang dan pembonceng walaupun di mana saja.

Jentera ini disempurnakan dengan enjin 692cc, silinder kembar, sistem penyejuk cecair yang mampu menjanakan kuasa setinggi 55kw dan tork 67Nm. Antara ciri-ciri menarik lain yang ditawarkan buat para pemiliknya ialah sistem ABS, cruise control, soket USB, Rollover Sensor (mematikan enjin jika motosikal terbalik dalam sudut tertentu) dan Lime Home Mode (jika unit kawalan enjin tidak berfungsi, sistemnya akan membolehkan jentera ini bergerak dalam kelajuan tertentu hingga selamat sampai ke rumah).


Dengan mengenal pasti kepelbagaian minat seseorang penunggang itu, CFMOTO 700CL-X ini telah disediakan dalam tiga varian menarik iaitu HERITAGE, ADVENTURE dan SPORT. Ketiga-tiga varian ini dibezakan oleh corak warna, aksesori, jenis tayar dan gaya. Ketika melihatnya di ruang pameran dari dekat, ternyata model baru ini memiliki keistimewaan dan auranya yang benar-benar mantap. Setiap sudut tampak kemas dan berkualiti tinggi.


Menurut KTNS Holdings Sdn Bhd yang selaku pengedar rasmi CFMOTO di Malaysia, model ini akan dibawa masuk ke negara secara berperingkat bermula tahun ini. Sama-sama kita nanti dan rasakan prestasinya di jalanan. RR

Isu Pada

Februari 2020

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

Disyorkan untuk anda
Pandu Uji

Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

Sempena penganjuran Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026, pihak media turut diberi peluang menyertai acara edisi kedua itu dengan menunggang Kawasaki KLE500.

Model Baru

Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

Ducati terus menhangatkan pasaran superbike dengan melancarkan Panigale V4 S 2027, sebuah jentera sport yang menggabungkan enjin Desmosedici Stradale V4, Sistem Saspensi Elektronik Öhlins dan rekabentuk aerodinamik yang diinspirasikan daripada dunia perlumbaan.

Model Baru

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

KTM 790 Duke 2027 dikatakan akan di bawa masuk ke pasaran negara tahun hadapan.

Model Baru

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM Malaysia secara rasmi memperkenalkan model adventure yang menawarkan tiga varian iaitu 1390 Super Adventure R, S dan S EVO.