RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 10 Januari 2015

Benelli 2015 : Rekabentuk Lebih Segar & Moden

Ketika mula-mula berada di pasaran motosikal, Benelli hanya mengeluarkan motosikal bersesaran kecil untuk dinikmati. Populariti jenama ini meningkat dengan jayanya disebabkan peminat mesin Benelli hadir daripada pelbagai latar belakang dan gaya hidup. Benelli terkenal sebagai pengeluar motosikal yang pantas, ringan, lincah dan ekonomi. Bertempat di Pameran Motosikal Antarabangsa EICMA November lalu, Benelli hadir untuk memperkenalkan beberapa siri terbarunya yang ternyata mengagumkan.

Model terbaru BN251 menawarkan keseronokan dan nikmat bermotor seperti yang pernah dikhabarnya oleh para pemiliknya sebelum ini. Ia adalah sebuah mesin jalanan berkuasa 250cc, kuasa maksimum 24.5hp pada 9,000rpm dan tork 21Nm pada 7,000rpm yang mempunyai bentuk seperti 'abang-abang'nya.

Casis model ini menggunakan keluli trestle yang bertegaran tinggi dan didatangkan dengan sistem saspensi yang berkualiti. BN251 menggunakan brek cakera 280mm (hadapan) dan 240mm di belakang. Benelli menawarkan model ini dalam tiga warna iaitu putih, merah dan biru pada harga yang cukup menarik.


BN302 pula dihasilkan untuk semua jenis penunggang tidak kira yang masih baru atau pun yang berpengalaman luas. Rekabentuknya cukup agresif dan model ini menawarkan sistem saspensi Benelli yang cemerlang, enjin dua silinder DOHC dan ergomonik. Enjinnya berkuasa 38hp pada 12,000rpm dan tork 27Nm pada 9,000rpm.

Ketegaran dan kestabilan BN302 ini datangnya daripada teknologi terbaru pembikinan kerangka keluli jenis trestle. Model ini dilengkapi dengan fork hadapan 41mm dengan lengan ayun di belakang yang menjanjikan penyerapan hentakan yang baik. Penunggang BN302 akan menunggang dengan lebih yakin dengan sistem brek yang cukup efisien. Model ini berkemungkinan berada di pasaran negara kita bermula pada tahun 2015.

Model 600cc ini sememangnya berjaya menambat hati ramai peminat motosikal di Malaysia. Selain casis yang tegar, rekabentuk model yang cenderung kepada citarasa Itali ini telah menjadi sebutan ramai ketika ia diperkenalkan dulu. Populariti mesin ini bukan sahaja di Malaysia malah di seluruh dunia kerana ia adalah pilihan yang sesuai untuk berbagai jenis tunggangan seperti di laluan berselekoh, di bandar mahu pun di atas litar perlumbaan.


Untuk tahun 2015, BN600R dilengkapi dengan fork hadapan Marzocchi 50mm, saspensi belakang boleh laras Sachs, angkup Brembo, kabel brek jenis braided steel dan tayar Metzeler Sportec M5 yang memberi cengkaman yang sempurna di mana sahaja ia di bawa. BN600R menawarkan kuasa sehebat 60kW dan kemantapannya kerana kerangka jenis trellis yang ringan dan bertegaran tinggi. Kita mampu berada di laluan dengan tepat dalam kelajuan mana sekali pun.

Jika ke Litar Sepang sempena perlumbaan MotoGP Oktober lalu, pasti kita telah pun melihat model ini dipamerkan di ruang utama, khemah promosi Benelli Keeway Motorcycles Sdn Bhd dan terus terang kami katakan, rekaan Benelli BN600GT cukup memukau.


Model pengembaraan ini direka untuk semua jenis penunggang termasuklah buat mereka yang baru ingin mencari kedamaian dengan bermotor sama ada di bandaraya mahu pun di jalan-jalan bebas yang luas. Model ini didatangkan dengan enjin empat silinder, empat lejang yang menawarkan kuasa maksimum 62kW/84hp pada11,000rpm dan tork 56.7Nm pada 8,100rpm.

Dengan menggunakan kerangka jenis trellis yang bertegaran tinggi ia menjaminkan perjalanan yang selesa, selamat dan dinamik. Ia menggunakan fork hadapan jenis terbalik 50mm dan lengan ayun aluminium. Sepasang brek hadapan 320mm dan 260mm untuk brek belakang menjanjikan proses membrek dapat dilakukan dengan berkesan sekali.

Adalah menjadi perkara wajib bagi setiap mesin pengembaraan itu untuk dilengkapkan dengan tangki bersaiz besar. Tangki BN600GT bersaiz 27 liter dan dengan penggunaan sistem pancitan bahan api, pengembaraan pastinya menjadi lebih menjimatkan. Info: maklumat ini didapati daripada EICMA Itali dan mungkin terdapat perubahan pada model yang dipasarkan di Malaysia kelak. RR

Isu Pada

Januari 2015

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha Blu Universe pertama di Malaysia

Model Baru

Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

Ducati terus menhangatkan pasaran superbike dengan melancarkan Panigale V4 S 2027, sebuah jentera sport yang menggabungkan enjin Desmosedici Stradale V4, Sistem Saspensi Elektronik Öhlins dan rekabentuk aerodinamik yang diinspirasikan daripada dunia perlumbaan.

Model Baru

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

Honda global melancarkan model serba baharu iaitu CRF1150L Africa Twin Enduro Sports.

Pandu Uji

Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

Sempena penganjuran Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026, pihak media turut diberi peluang menyertai acara edisi kedua itu dengan menunggang Kawasaki KLE500.