RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 10 Mac 2019

YAMAHA Lancarkan YZF R25 & Tracer 900 GT

Model yang disebut-sebut... yang ditunggu-tunggu iaitu YZF R25 akhirnya telah dipertontonkan pada hujung Januari lalu dengan menampilkan dua warna pilihan menarik iaitu Merah Matt dan Biru Metalik. Majlis perasmian model ini disempurnakan oleh Pengerusi Hong Leong Industri, Datuk Kwek Leng San ditemani oleh Pengarah Urusan Hong Leong Yamaha Motor, Dato' Jim Khor pada majlis perayaan Tahun Baru Cina yang diadakan di Genting Highlands.

Model terbaru Yamaha YZF-R25 dan Tracer 900 GT telah dilancarkan oleh para VIP di majlis makan malam Tahun Baru Cina yang cukup meriah.
Model terbaru Yamaha YZF-R25 dan Tracer 900 GT telah dilancarkan oleh para VIP di majlis makan malam Tahun Baru Cina yang cukup meriah.

YZF R25 dijangka akan memasuki pasaran negara pada Mac 2019 dan untuk prestasi tunggangan yang mantap, ia dilengkapkan dengan fork hadapan jenis terbalik, panel meter digital, lampu hazard serta rekabentuk dinamik termasuk lampu hadapan serba baru inspirasi daripada model YZF-R1. Sememangnya kita tidak sabar lagi untuk menunggu kehadirannya di pasaran! Namun begitu, harganya hanya akan diketahui pada bulan Mac nanti.

Konsep gaya retro 1970an di majlis makan malam tersebut memang cukup menghiburkan.
Konsep gaya retro 1970an di majlis makan malam tersebut memang cukup menghiburkan.

Turut menambah kemeriahan pada malam tersebut ialah pengenalan kepada model pengembaraan terkenal iaitu Yamaha Tracer 900 GT serba baru yang dilengkapi dengan pelbagai ciri-ciri hebat seperti panel meter Thin Film Transistor (TFT), sistem Assist & Slipper Clutch, sistem Quick Shift, mod tunggangan, Cruise Control, lampu-lampu jenis LED dan sistem saspensi boleh laras.

Para tetamu dihiburkan dengan gesekan biola yang memukau.
Para tetamu dihiburkan dengan gesekan biola yang memukau.

Tracer 900 GT yang bermaksud Gran Turismo adalah sebuah jentera bersesaran 847cc, tiga silinder yang memiliki kuasa maksimum 84.6kW (115ps) pada 10,000rpm dan tork 87.5Nm pada 8,500rpm. Untuk kesesuaian tunggangan, model baru ini dikemaskan dengan pelindung bar hendal, cermin pengadang udara boleh laras, pemanas pendikit, posisi menunggang yang selesa dan kerangka yang cukup tegap. Ia ditawarkan pada harga RM58,888 (harga termasuk SST). RR

Isu Pada

Mac 2019

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha Blu Universe pertama di Malaysia

Dari Litar

Hakim Danish Gegarkan SIC. Nyaris Podium Di Laman Sendiri

Muhammad Hakim Danish Ramli membuktikan bahawa dirinya mempunyai semangat juang luar biasa apabila menamatkan perlumbaan Moto3 Grand Prix Malaysia 2026 di tempat keempat di Litar Antarabangsa Sepang (SIC).

Warta Roda

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

Model kembara mewah, Brixton K750GT bakal masuki pasaran negara.

Warta Roda

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Voge DS800X Rally akhirnya tiba ke pasaran negara.