RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 28 April 2021

Yamaha NVX 155 2021 Tampil Rekabentuk Serba Baru - Harga Bermula RM8,998

Selepas pelancarannya pada tahun 2017, Yamaha NVX telah mendapat sambutan menggalakkan buat para pecinta motosikal di Negara ini. Untuk terus berdaya saing, Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) telah memperkenalkan model terbaru iaitu Yamaha NVX 155 2021 dengan ciri-ciri yang lebih menarik. Pelancaran jentera tersebut telah diadakan menerusi siaran langsung di laman Facebook rasmi HLYM.

GP Blue
GP Blue

Model ini merupakan sebuah skuter yang cukup canggih, anggun serta inovasi. Yamaha NVX 155 didatangkan dalam dua varian iaitu versi standard (Red & Cyan) dan versi ABS (Platinum SE & GP Blue).

Menariknya, model ini merupakan jentera Yamaha pertama di Malaysia dengan sambungan fungsi Y-Connect di mana pemilik boleh menghubungkan telefon pintar mereka dengan motosikal ini. Antara kelebihan yang ada pada Y-Connect ini adalah pemeriksaan minyak enjin, kuasa bateri, penggunaan bahan api (harian, bualanan & tahunan), rekod servis, mengenal pasti lokasi motosikal.

Merah
Merah

Yamaha NVX 155 dijana dengan enjin Blue Core 155cc, silinder tunggal, SOHC dengan sistem penyejuk cecair. Model yang dilengkapi dengan teknologi Variable Valve Actuation (VVA) ini mampu menawarkan kuasa maksimum 11.3kW (15.4PS) pada 8,000rpm dan tork 13.9Nm (1.4kgf m) pada 6,500rpm.

Bahagian hadapan model ini tampak lebih menyerlah dengan rekabentuk baru yang aerodinamik bagi mengetengahkan DNA Super Sport. Tunggangan pada waktu malam lebih jelas dengan penggunaan lampu-lampu jenis LED pada jentera ini.

Antara ciri-ciri lain yang menarik:

  • Brek jenis cakera (depan) & gelendong (belakang)
  • Sistem ABS di hadapan (versi ABS)
  • Fork teleskopik
  • Saspensi belakang dengan Sub-Tank (versi ABS)
  • Sistem kunci pintar (versi ABS)
  • Soket pengecas elektrik 12V
  • Paparan meter LCD dengan Y-Connect
  • Sistem Stop & Start (versi ABS)
  • Tangki bahan api 5.5 liter
  • Berat 122kg (versi std) & 125kg (versi ABS)
Cyan
Cyan

Yamaha NVX 155 baru akan berada di semua pengedar sah Yamaha seluruh Malaysia bermula bulan Mei 2021. Model ini ditawarkan pada harga yang disyorkan RM8,998 (versi std) & RM10,998 (versi ABS) tanpa pendaftaran dan insurans dengan waranti selama dua tahun atau 20,000 kilometer (yang mana terdahulu). Pemilik jentera ini juga akan menerima kunci cakera Yamaha bernilai RM100 secara percuma. RR

Isu Pada

Jun 2021

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd. (Mforce), telah menganjurkan Majlis Penyerahan Motosikal bagi Program Proof of Concept (PoC) kepada Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), Polis Diraja Malaysia (PDRM), di ibu pejabat Mforce yang beroperasi di Valdor, Pulau Pinang.

Model Baru

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Didi Group, pengimport dan pengedar tunggal Aprilia di Malaysia, memperkenalkan model istimewa Aprilia RS 457 GP Replica sempena PETRONAS Grand Prix of Malaysia 2026 di Litar Antarabangsa Sepang pada 30 Oktober lalu. Lebih istimewa, majlis pelancaran tersebut turut diserikan dengan kehadiran pelumba Aprilia Racing MotoGP, Marco Bezzecchi.

Warta Roda

Yamaha XMAX 250 vs XMAX 300: Empat Media Kongsi Pengalaman

Kalau nak tahu sedap atau tidak sesebuah skuter, jangan tengok angka atas kertas saja. Jangan hanya sekadar membaca komen di sosial media. Jawapannya kena cari sendiri...kena rasai sendiri. Begitu juga dengan perbezaan antara dua skuter 'terhangat' di pasaran. Tak lain dan tak bukan... Yamaha XMAX 250 dan yang terbaru, Yamaha XMAX 300.

Model Baru

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Kawasaki melangkah ke era lebih menarik dengan memperkenalkan Versys 900 2027, sebuah motosikal sport-touring yang menggabungkan enjin 948cc, empat silinder sebaris yang berkuasa 120hp pada 9,500rpm dan tork 9.3Nm pada 8,000rpm.