RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 10 Jun 2015

HONDA EX5 Dream Fi Baru!

Dalam pasaran negara, model Honda EX5 tidak perlu diperkenalkan lagi. Jentera yang juga digelar 'Raja Kapcai' ini merupakan model pilihan bagi para penunggang motosikal semua jenis golongan tidak kira umur, pangkat, jantina dan jenis pekerjaan. Terbaru, Boon Siew Honda Sdn Bhd selaku pengeluar dan pengedar motosikal Honda telah memperkenalkan EX5 Dream FI yang menawarkan enjin berteknologi baru yang dihasilkan untuk peningkatan hantaran kuasa di samping penjimatan bahan api yang optimum.

Dari kiri: En. Masami Masuyama, En. Tatsuya Minagawa, En. Koji Onishi dan Dato’ Sri Tan Hui Jing melancarkan EX5 Dream Fi terbaru.
Dari kiri: En. Masami Masuyama, En. Tatsuya Minagawa, En. Koji Onishi dan Dato’ Sri Tan Hui Jing melancarkan EX5 Dream Fi terbaru.

EX5 FI baru ini dilengkapi dengan teknologi Programmed Fuel Injection (PGM-FI) yang memastikan jentera ini lebih kuasa, mesra alam, dinamik dan lebih pantas. Model ini dinaik taraf daripada model EX5 110 yang diperkenalkan dua tahun lalu. EX5 baru ini dilengkapkan dengan enjin 109.7cc yang mempunyai kuasa maksimum 6.23kW pada 7,500rpm dan tork 8.40 Nm pada 6,000rpm. Selain prestasi enjin yang mantap, EX5 Dream FI direka dengan rupabentuk lebih moden, kemas dan bergaya.

En. Koji Onishi, Pengarah Urusan & Pegawai Eksekutif Boon Siew Honda Sdn Bhd melepaskan konvoi pandu uji bersama media.
En. Koji Onishi, Pengarah Urusan & Pegawai Eksekutif Boon Siew Honda Sdn Bhd melepaskan konvoi pandu uji bersama media.

“Kami yakin dengan pengenalan model baru, jumlah penjualan Honda akan terus meningkat dari masa ke semasa. Antara strategi Honda untuk pemasaran tahun ini ialah pengenalan lebih banyak model baru, memperhebatkan kempen dan promosi serta khidmat lepasan jualan yang lebih efisien. Kami juga mempunyai pasukan yang dinamik, sentiasa membuat penilaian dan kajian berkaitan citarasa dan kemahuan para pengguna motosikal di Malaysia khususnya. Dengan harga dan ciri-ciri enjin baru yang cukup menarik ini, Honda menyasarkan penjualan sebanyak 37,200 untuk tahun ini,” komen Pengarah Urusan dan Pegawai Eksekutif Boon Siew Honda Sdn Bhd, En. Koji Onishi di majlis pelancaran yang turut dimeriahkan dengan kehadiran Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Boon Siew Honda, Datuk Sri Tan Hui Jing.

Honda pastinya akan kembali menyinar jika segala rancangan dan strategi dapat dilaksanakan dengan sempurna. Model EX5 FI ini ditawarkan dalam tiga warna iaitu merak metalik, biru metalik dan ungu metalik dalam dua varian berbeza iaitu penghidup tendang (RM4,299) dan penghidup elektrik (RM4,599). RR

Isu Pada

Jun 2015

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

Ducati terus menhangatkan pasaran superbike dengan melancarkan Panigale V4 S 2027, sebuah jentera sport yang menggabungkan enjin Desmosedici Stradale V4, Sistem Saspensi Elektronik Öhlins dan rekabentuk aerodinamik yang diinspirasikan daripada dunia perlumbaan.

Warta Roda

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Voge DS800X Rally akhirnya tiba ke pasaran negara.

Model Baru

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM Malaysia secara rasmi memperkenalkan model adventure yang menawarkan tiga varian iaitu 1390 Super Adventure R, S dan S EVO.

Model Baru

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

KTM Malaysia secara rasminya memperkenalkan model supersport baharu iaitu 990 RC R.