RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 7 Ogos 2021

Vespa Primavera 150 & GTS 300 Edisi Ulang Tahun ke-75 Diperkenalkan

Bersempena meraikan ulang tahun Vespa yang ke-75, Didi Resources Sdn Bhd selaku pengedar sah jenama Vespa di Malaysia telah memperkenalkan model edisi istimewa iaitu Vespa 75th Anniversary. Edisi ini didapati dalam dua model iaitu Vespa Primavera 150 dan Vespa GTS 300 yang hanya ditawarkan dalam tahun 2021 sahaja.

Primavera 150
Primavera 150

Secara keseluruhan, kedua-dua model ini tidak banyak perbezaan dengan model edisi biasa. Namun Vespa 75th Anniversary dipadankan lagi dengan penggunaan warna eksklusif “Giallo 75th”, Kuning Metallic. Warna tersebut dicipta khusus untuk siri baru ini sebagai konsep pada tahun 1940-an yang menghidupkan kembali warisan, semangat inovatif dan gaya fesyen Vespa.

Di bahagian panel sisi dan mudguard hadapan memaparkan angka bernombor 75. Manakala ‘tie’ hadapan dikemaskan dengan penggunaan warna yang lebih gelap (Pyrite Yellow).

Primavera 150
Primavera 150

Pelana pada model Vespa 75th Anniversary dibaluti dengan kulit ‘Nubuck’ yang bewarna kelabu. Model-model ini diserlahkan lagi dengan penggunaan warna krom yang ada pada tie, meter, pelindung muffler dan cermin sisi. Bagi model GTS 300, terdapat tempat meletak kaki pembonceng boleh lipat.

GTS 300
GTS 300

Terdapat satu lagi ciri khas yang ada pada jentera ini iaitu rak bagasi di bahagian belakang yang berwarna krom. Rak ini dibina untuk meletakkan beg berbentuk bulat seperti bekas penyimpan tayar ganti. Beg tersebut diperbuat menggunakan bahan dan warna yang sama seperti pelana dan serta terdapat tali sandang supaya ianya mudah dibawa ke mana-mana sahaja. Beg ini juga didatangkan dengan pelindung air.

Dari segi teknologi, Vespa edisi 75 tahun ini turut dilengkapi dengan paparan meter TFT berwarna 4.3 inci dengan sistem sambungan telefon pintar, Vespa MIA.

GTS 300
GTS 300

Vespa 75th Anniversary boleh dimiliki pada harga RM23,500 untuk model Primavera 150 manakala GTS 300 ditawarkan pada harga RM38,900. Apa yang menarik, para pembeli mana-mana jentera ini juga akan menerima Welcome Kit seperti plat besi vintaj Vespa, buku pemilik peribadi dan lapan poskad dengan gambar lapan dekad kisah Vespa. RR

Isu Pada

September 2021

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

Model kembara mewah, Brixton K750GT bakal masuki pasaran negara.

Warta Roda

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Boon Siew Honda Sdn. Bhd. memperkenalkan Honda ADV160 Trico Edition dengan Honda RoadSync, yang menampilkan corak warna merah, putih dan biru yang telah membawa semangat perlumbaan Honda sejak sekian lama.

Model Baru

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Didi Group, pengimport dan pengedar tunggal Aprilia di Malaysia, memperkenalkan model istimewa Aprilia RS 457 GP Replica sempena PETRONAS Grand Prix of Malaysia 2026 di Litar Antarabangsa Sepang pada 30 Oktober lalu. Lebih istimewa, majlis pelancaran tersebut turut diserikan dengan kehadiran pelumba Aprilia Racing MotoGP, Marco Bezzecchi.

Model Baru

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

CFMOTO Malaysia melancarkan 500SR sempena MotoGP Malaysia 2026.