RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 11 Oktober 2021

Ducati Malaysia Lancar Monster Terbaru!

Dengan jumlah pengeluaran 350,000 unit untuk pasaran global, siri keluarga jentera jalanan dari Ducati iaitu Monster merupakan model paling laris dan paling lama dalam sejarah Ducati. Jentera Monster terbaru ini diperkenalkan buat pertama kali di Ducati World Premier 2021 dan ia merupakan sebuah rekaan ilham dari model asal yang dikeluarkan pada tahun 1993 yang lalu.


Monster dikenali menerusi kelincahan, pecutan dan deruman hebat yang datang dari sebuah mesin yang memiliki enjin cukup berkuasa.

Monster baru ini ringan – sesuai untuk 'kaki motor' baru atau yang telah berpengalaman. Prestasi enjinnya cukup mengujakan dan amat serasi dengan sifatnya yang serba lincah. Rekabentuk jentera ini direka semula berdasarkan tahap fungsi dan teknologi yang tersemat di dalamnya. Dengan sisi yang ramping, penunggang jentera ini mudah untuk meletakkan kaki.

Kadar ergonomik jentera ini juga diperbaiki dengan merapatkan pelana pada bar hendal – membolehkan posisi menunggang sentiasa tegak dan selesa. Ruang kemudi lebih besar iaitu 36° (7° lebih luas daripada model 821). Posis tempat pemijak juga diubah agar penunggang lebih serasi dengan jentera ini.

Ducati ini disempurkan dengan enjin bersesaran 937cc, L-Kembar Testastretta 11°, Desmodromic yang berkuasa 111 hp (82 kW) pada 9,250 rpm dan tork 93 Nm pada 6,500rpm. Dengan peningkatan saiz enjin dari 821cc, kekuatan kuasa hantaran dipertingkatkan khususnya di peringkat pertengahan. Kelancaran kuasa enjin ini memang sangat kita perlukan ketika menunggang di dalam bandar dan juga di kawasan berselekoh.

Ya...pengalaman menunggang pastinya lebih 'best' dengan adanya sistem Ducati Quick Shift Up/Down. Selain itu, model ini dipadatkan dengan sistem elektronik terkini seperti ABS Cornering, Traction Control, Wheelie Control, Launch Control, Mod Tunggangan (Sport, Urban, Touring) dan Smart Power Modes (hantaran kuasa lebih lancar).

Segala talaan dan informasi mengenai sistem elektronik serta teknologi yang dimiliki oleh Ducati ini dapat dilihat menerusi panel meter TFT bersaiz 4.3” yang didatangkan dengan karaktor grafik seperti model Panigale V4. Monster baru ini juga dilengkapkan dengan sistem komunikasi iaitu Ducati Multimedia System (DMS) yang cukup canggih.

Monster baru hadir dalam warna Ducati Red/Dark Stealth dengan Rim Hitam dan Aviator Grey dengan rim berwarnaRed GP. Bagi mereka yang ingin lebih sporty, model ini memiliki aksesori penambahan iaitu Monster Plus Package yang merangkumi fairing hadapan dan penutup pelana pembonceng. Ducati Monster 2021 ditawarkan pada harga RM69,900 dan boleh didapati di pusat pengedar Ducati di seluruh negara. RR

Isu Pada

November 2021

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

Honda global melancarkan model serba baharu iaitu CRF1150L Africa Twin Enduro Sports.

Model Baru

Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

Ducati terus menhangatkan pasaran superbike dengan melancarkan Panigale V4 S 2027, sebuah jentera sport yang menggabungkan enjin Desmosedici Stradale V4, Sistem Saspensi Elektronik Öhlins dan rekabentuk aerodinamik yang diinspirasikan daripada dunia perlumbaan.

Model Baru

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Kawasaki melangkah ke era lebih menarik dengan memperkenalkan Versys 900 2027, sebuah motosikal sport-touring yang menggabungkan enjin 948cc, empat silinder sebaris yang berkuasa 120hp pada 9,500rpm dan tork 9.3Nm pada 8,000rpm.

Model Baru

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

KTM Malaysia secara rasminya memperkenalkan model supersport baharu iaitu 990 RC R.