RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 24 Oktober 2021

Didi Resources Lancar Moto Guzzi V7 Stone Centenario – RM72,900 Seunit

Moto Guzzi merupakan pengeluar motosikal dari Itali sejak tahun 1921. Pada tahun 2021 usia jenama itu telahpun mencecah 100 tahun. Bersempena meraikan ulang tahun tersebut, Didi Resources Sdn Bhd selaku pengedar rasmi jenama Moto Guzzi di Malaysia telah memperkenalkan model terbaru V7 Stone Centenario.

Model edisi terhad ini ditawarkan dengan rekacorak grafik eksklusif iaitu Centennial Livery yang menggunakan gabungan warna hijau di bahagian panel sisi dan mudguard hadapan, tangki bahan api bewarna perak serta pelana kulit warna coklat gelap. Bagi melengkapkan penampilan model edisi terhad ini, logo Moto Guzzi di sisi tangki dikemaskan dengan warna emas dan beberapa pelekat khas ulang tahun ke-100.

Moto Guzzi V7 Stone Centenario didatangkan dengan enjin 850cc dan mampu menjana kuasa 65hp pada 6,800rpm sama seperti model V85 TT. Enjin yang dibangunkan di Mandello ini menawarkan kuasa yang cukup mantap dan prestasi lebih menyeronokkan. Enjin serba baru ini menghasilkan kuasa lebih 25% berbanding enjin lama (52hp pada 6,200rpm). Manakala tork 60Nm pada 4,250rpm ditingkatkan kepada 73Nm pada 5,000rpm.

Antara kelengkapan lain yang ada pada V7 Stone Centenario adalah panel sisi serba baru, mudguard belakang lebih pendek, pelana dua tingkat yang selesa, brek-brek cakera, sistem ABS dua saluran dan sistem ekzos baharu yang membuatkan jentera ini tampak lebih menarik.

Mode ini juga turut dipadankan dengan beberapa ciri moden seperti lampu utama jenis LED dengan lampu DRL berbentuk logo Helang Moto Guzzi dan panel meter digital bulat yang memaparkan info-info penting buat  para penunggang.

Moto Guzzi V7 Stone Centenario dijual pada harga RM72,900 seunit dan boleh didapati di seluruh negara. RR

Isu Pada

Disember 2021

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

Disyorkan untuk anda
Pandu Uji

KOVE 800X GT: Best Untuk Kembara...Syok Di Selekoh

Untuk model yang baru sahaja saya pick-up iaitu KOVE 800X GT, saya rasa lebih baik kalau dibawa keluar jauh. Bukan setakat pusing-pusing bandar.

Model Baru

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Kawasaki melangkah ke era lebih menarik dengan memperkenalkan Versys 900 2027, sebuah motosikal sport-touring yang menggabungkan enjin 948cc, empat silinder sebaris yang berkuasa 120hp pada 9,500rpm dan tork 9.3Nm pada 8,000rpm.

Warta Roda

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Voge DS800X Rally akhirnya tiba ke pasaran negara.

Model Baru

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

Honda global melancarkan model serba baharu iaitu CRF1150L Africa Twin Enduro Sports.