RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 13 Oktober 2021

Husqvarna Motorcycles Malaysia Perkenalkan Svartpilen 250 SE, Vitpilen 401 SE & Svartpilen 401 SE

Husqvarna Motorcycles Malaysia telah memperkenalkan jentera jalanan edisi Spoke mereka iaitu Svartpilen 250, Vitpilen 401 dan Svartpilen 401 untuk pasaran negara. Perkenalan ini menjadikan Malaysia sebagai satu-satunya negara di dunia yang membawa masuk model Spoke Edition, Svartpilen 250.

Svartpilen 401 SE
Svartpilen 401 SE

Model scrambler, Svartpilen 250 SE didatangkan dengan enjin bersesaran 248.8cc, silinder tunggal, 4 lejang dengan sistem penyejuk cecair. Dengan menggunakan sistem transmisi 6-kelajuan, model ini mampu menghasilkan kuasa maksimum 23kw (31hp) pada 9,000rpm dan kuasa torknya pula 24Nm pada 7,250rpm.

Svartpilen 250 SE
Svartpilen 250 SE

Dari segi posisi tunggangan dapat dilihat memang cukup selesa dengan kedudukan bar hendal yang tinggi serta lebar. Model ini ternyata amat sesuai untuk tunggang di dalam bandar, luar bandar dan juga laluan offroad. Kestabilan Svartpilen 250 ini disumbangkan dengan saspensi hadapan jenis terbalik WP APEX 43mm. Penyerap hentak tunggal belakang WP APEX boleh laras direka untuk keselesaan ketika membawa pembonceng dan beg tambahan.

Antara ciri-ciri lain yang ada pada model ini adalah rim jejari 17 inci, lampu utama jenis LED, paparan meter LCD, kerangka trellis Chromium-Molybdenum-Stell, berat 154kg, tangki bahan api 9.5 liter, brek-brek jenis cakera dan sistem ABS. Svartpilen 250 boleh dimiliki pada harga RM29,500 seunit.

Svartpilen 401 SE & Vitpilen 401 SE
Svartpilen 401 SE & Vitpilen 401 SE

Svartpilen 401 SE merupakan abang kepada Svartpilen 250 SE yang menawarkan gaya tunggangan licah dan selesa. Manakala model Vitpilen 401 SE pula hadir dengan gaya Café Racer. Kedua-dua jentera ini disempurnakan dengan enjin bersesaran 373cc, silinder tunggal yang mempunyai kuasa 32kW (44hp) pada 9,000rpm dan tork 37Nm pada 7,000rpm. Model bertransmisi 6 kelajuan ini juga turut dilengkapi dengan sistem suntikan bahan api Bosch EFI.

Svartpilen 401 SE
Svartpilen 401 SE

Kelengkapan lain yang ada pada kedua-dua jentera tersebut seperti paparan meter LCD, lampu LED, brek-brek cakera, sistem ABS BOSCH, isi tangki 9.5 liter serta berat 152kg (Svartpilen 401) dan 151kg (Vitpilen 401). Kedua-dua model ini dtawarkan pada harga RM34,500.

Vitpilen 401 SE
Vitpilen 401 SE

Ketiga-tiga model Spoke Edition tersebut boleh dibeli menerusi pengedar-pengedar sah seperti di bawah:

NORTHERN REGION

  • EL Chong Motor Trading Sdn Bhd
    Address: 2, Lorong Jawi Jaya 1, Taman Jawi Jaya, 14200 Sungai Jawi, Sungai Bakap, Pulau Pinang, Malaysia.
    Nombor Tel.: +6012-583 9699

CENTRAL REGION

  • Welly World Cycle Sdn Bhd
    Alamat: No. 2135, 2136 & 2137, Jalan 3/1, Batu 13 1/2, Bandar Baru Sungai Buloh, 47000 Selangor Darul Ehsan, Malaysia.
    Nombor Tel.: +6012-519 1200

SOUTHERN REGION

  • Wheel Riders Malaysia Sdn Bhd
    Alamat: 5 & 7, Jalan Ekoperniagaan 3, Taman Kota Masai, 81700 Pasir Gudang, Johor Darul Takzim, Malaysia.
    Nombor Tel.: +6013-290 5007 / +6012-795 4046

EAST MALAYSIA

  • Ghee Hua Co Sdn Bhd
    Alamat: Lot 136 & 137, Jalan Abell, 93100 Sarawak, East Malaysia.
    Nombor Tel.: +6082-416 697

Pada hari pelancaran tersebut, Richiamo Coffee Sdn Bhd turut umum kerjasama dengan jenama motosikal dari Austria itu iaitu Husqvarna Motorcycles untuk siri jelajah (Tour) motosikal Svartpilen 250, Svartpilen 401 dan Vitpilen 401. Siri jelajah itu akan memperkenalkan model Café Racer Husqvarna dengan permulaan cawangan di Richiamo Coffee Cyberjaya dan tamat di Richiamo Coffee Bukit Beruntung.

Dengan kerjasama ini, Husqvarna akan membawa model café racer ke cawangan Richiamo Coffee sekitar Lembah Klang. Para peminat dua roda juga akan berpeluang untuk melakukan tunggang uji jentera yang disediakan oleh pihak Husqvarna serta dapat menikmati minuman Richiamo Coffee di setiap lokasi tersebut.

Siri jelajah ini telah bermula di Richiamo Coffee UTMKL (30 Oktober) dan akan diteruskan ke Richiamo Coffee Cyberjaya (6 November), Richiamo Coffee Bukit Beruntung (13 November). RR

Isu Pada

Disember 2021

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Voge DS800X Rally akhirnya tiba ke pasaran negara.

Model Baru

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Aveta Malaysia terus mengukuhkan kedudukannya dalam pasaran motosikal Malaysia menerusi pembukaan rasmi G Elite Motor – Aveta Elite Centre di Shah Alam, Selangor.

Dari Litar

Hakim Danish Gegarkan SIC. Nyaris Podium Di Laman Sendiri

Muhammad Hakim Danish Ramli membuktikan bahawa dirinya mempunyai semangat juang luar biasa apabila menamatkan perlumbaan Moto3 Grand Prix Malaysia 2026 di tempat keempat di Litar Antarabangsa Sepang (SIC).

Warta Roda

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

Model kembara mewah, Brixton K750GT bakal masuki pasaran negara.