RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 24 November 2021

Yamaha Tracer 9 GT Sudah Berada di Pasaran – RM69,498

Selepas mengumumkan harga bagi Yamaha MT-09, Hong Leong Yamaha Motor Sdn Bhd (HLYM) telah memperkenalkan model Sports Touring mereka iaitu Yamaha Tracer 9 GT 2021 yang serba baru dan cukup bergaya sekali.

Enjin serba baru ini ternyata lebih ringan, pantas dan berkuasa dengan menampilkan kapasiti enjin yang lebih besar berbanding model terdahulu (847cc) iaitu 889cc. Tracer 9 GT disempurnakan dengan enjin tiga silinder, DOHC, sistem penyejuk cecair yang menghasilkan kuasa 87.5kW pada 10,000rpm dan tork 93.0Nm pada 7,000rpm.

Yamaha telah menyempurnakan model ini dengan sistem kawalan IMU 6-axis sama seperti YZF-R1. Sistem IMU ini akan mengawal Traction Control System (TCS), Slide Control System (SCS) dan Front-Wheel LIFt Control System (LIF) yang membantu penunggang mengawal jentera dengan mudah dalam keadaan cuaca serta permukaan berbeza.

Bukan itu sahaja, model GT ini juga diperkemaskan dengan ciri-ciri lain seperti Quick Shift System (QSS), Cruise Control, Brake Control (BC), saspensi kawalan elektronik Semi-Active dari KYB, 4 mod tunggangan, sistem ABS dan pemanas pendikit.

Bukan sahaja menawarkan lampu-lampu LED yang terang, Tracer 9 GT turut dilengkapi dengan lampu LED Cornering Light dimana lampu suluhan akan menyala apabila jentera dimiringkan pada kedudukan 7º dalam kelajuan 5km/j. Selain itu, paparan meter TFT 3.5 inci berwarna penuh memaparkan segala maklumat penting buat penunggang.

Yamaha Tracer 9 GT berada di semua pengedar rasmi Yamaha Big Bike seluruh negara bermula 25hb November 2021. Model ini ditawarkan pada harga cadangan RM69,498 (tanpa pendaftaran & insurans) dengan dua pilihan warna iaitu Icon Performance dan Redline. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Voge DS800X Rally akhirnya tiba ke pasaran negara.

Model Baru

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

HLYM secara rasminya melancarkan model supersport baharu iaitu YZF-R9.

Model Baru

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM Malaysia secara rasmi memperkenalkan model adventure yang menawarkan tiga varian iaitu 1390 Super Adventure R, S dan S EVO.

Dari Litar

Hakim Danish Gegarkan SIC. Nyaris Podium Di Laman Sendiri

Muhammad Hakim Danish Ramli membuktikan bahawa dirinya mempunyai semangat juang luar biasa apabila menamatkan perlumbaan Moto3 Grand Prix Malaysia 2026 di tempat keempat di Litar Antarabangsa Sepang (SIC).