RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 30 November 2021

SYM HUSKYADV 2022 Di EICMA 2021

Segmen motosikal skuter Adventure merupakan segmen yang cukup menarik bagi sesetengah pengeluar. Sanyang Motor Co., Ltd. juga tidak melepaskan peluang untuk memperkenalkan skuter adventure terbaru mereka iaitu SYM HUSKYADV (2022). Dilancarkan di Pameran Motosikal EICMA 2021, model ini menampilkan rupabentuk motosikal Adventure yang menawan dan agresif. Ia cukup sesuai buat mereka yang ingin mengembara ataupun kegunaan harian.

HUSKYADV didatangkan dengan enjin bersesaran 150cc, silinder tunggal, 4-lejang, SOHC dan sistem penyejuk cecair. Enjinnya menawarkan kuasa maksimum 10.8kW pada 7,500rpm dan tork 14.5Nm pada 6,000rpm. Tangki bahan api sebesar 15 liter mampu menggerakkan jentera ini ke destinasi yang penunggang inginkan.

Model ini dipermantapkan lagi dengan pengunaan lampu-lampu jenis LED. Paparan meter TFT dengan teknologi Auto Dimmer memaparkan segala info penting buat penunggang. Manakala cermin penghadang angin yang dipadankan pada jentera ini melancarkan lagi perjalanan tidak kira jauh mahupun dekat.

Antara ciri-ciri lain yang ada seperti:

  • Saspensi hadapan jenis fork teleskopik
  • Penyerap hentak tunggal
  • Sistem Anti-Lift Engine Hanger (A.L.E.H)
  • Transmisi CVT
  • Brek-brek jenis cakera
  • Sistem ABS dua saluran
  • Soket pengecas 2.0
  • Tayar hadapan: 120/70-13
  • Tayar belakang: 130/70-13
  • Tinggi pelana 780mm

Bukan sahaja HUSKYADV, SYM Global juga turut memperkenalkan model-model skuter yang lain untuk tahun 2022 antaranya Joyride 300, Joyride 16 300, MAXSYM TL 508 TCS, Jet X 125, Jet X 125 TCS, Jet X 150 TCS, 4MICA 125, 4MICA 125 ABS, 4MICA 150, 4MICA 150 ABS & KRNBT. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha Blu Universe pertama di Malaysia

Pandu Uji

KOVE 800X GT: Best Untuk Kembara...Syok Di Selekoh

Untuk model yang baru sahaja saya pick-up iaitu KOVE 800X GT, saya rasa lebih baik kalau dibawa keluar jauh. Bukan setakat pusing-pusing bandar.

Warta Roda

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Boon Siew Honda Sdn. Bhd. memperkenalkan Honda ADV160 Trico Edition dengan Honda RoadSync, yang menampilkan corak warna merah, putih dan biru yang telah membawa semangat perlumbaan Honda sejak sekian lama.

Model Baru

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

KTM Malaysia secara rasminya memperkenalkan model supersport baharu iaitu 990 RC R.