RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 10 Disember 2021

Benelli VZ125i SE (N1) Hadir Dengan Warna Baru

MForce Bike Holdings Sdn Bhd selaku pengedar jenama Benelli di Malaysia telah memperkenalkan varian terbaru Benelli VZ125i SE (N1). Jentera ini telah diperkemaskan dengan rekacorak grafik serba baru yang hadir dalam tiga pilihan warna iaitu Yellow, Red Brown dan Light Blue. Model SE ini ditawarkan pada harga RM5,838 (tanpa pendaftaran & cukai jalan).

VZ125i didatangkan dengan enjin 124cc, silinder tunggal, SOHC dan sistem penyejuk udara. Model ini mempunyai kuasa maksimum 8.4hp pada 7,500rpm dan tork 9.2Nm pada 6,000rpm. Bahagian hadapan dipermantapkan dengan sepasang lampu utama jenis LED beserta DRL yang terang dan kemas. Paparan meter digitalnya memaparkan maklumat seperti tahap kelajuan, takometer, tahap bahan api serta beberapa info lain yang mudah dibaca.

Model ini dipadankan dengan sistem saspensi hadapan jenis fork teleskopik manakala belakang menggunakan penyerap hentak tunggal Kayaba (KYB) yang menawarkan keselesaan ketika menunggang di laluan yang tidak rata. Untuk ciri keselamatan tambahan, VZ125i hadir dengan sistem kunci magnetik anti-kecurian agar dapat mengurangkan kadar jenayah kecurian motosikal.

Benelli VZ125i SE (N1) memang sesuai untuk kegunaan harian kerana mempunyai tangki bahan api 4.9 liter, soket USB di bawah pelana, tempat penyangkut barang dan ruang kecil di bahagian hadapan untuk menyimpan barang-barang kecil seperti telefon bimbit ataupun powerbank. Antara kelengkapan lain yang terdapat pada skuter ini seperti tinggi pelana 735mm, berat 97kg, sistem suntikan bahan api elektronik dan brek jenis cakera di hadapan.

Benelli VZ125i SE (N1) sudah pun berada di semua pengedar sah Benelli seluruh negara. Dengan pembelian skuter ini, pembeli akan menikmati waranti selama dua tahun atau 20,000 kilometer (yang mana terdahulu) serta perkhidmatan pembelian alat ganti tulen dalam talian oleh MForce Bike Holdings Sdn Bhd. RR

Isu Pada

Januari 2022

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

Disyorkan untuk anda
Pandu Uji

Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

Sempena penganjuran Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026, pihak media turut diberi peluang menyertai acara edisi kedua itu dengan menunggang Kawasaki KLE500.

Model Baru

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

Honda global melancarkan model serba baharu iaitu CRF1150L Africa Twin Enduro Sports.

Warta Roda

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Wow...katanya para peminat dua roda tanahair bakal mempunyai satu lagi pilihan menarik apabila sebuah jenama motosikal dijangka akan hadir ke pasaran negara dengan mengenengahkan skuter berkonsepkan retro.

Dari Litar

Hakim Danish Gegarkan SIC. Nyaris Podium Di Laman Sendiri

Muhammad Hakim Danish Ramli membuktikan bahawa dirinya mempunyai semangat juang luar biasa apabila menamatkan perlumbaan Moto3 Grand Prix Malaysia 2026 di tempat keempat di Litar Antarabangsa Sepang (SIC).