RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 24 Disember 2021

Honda Winner X 2022 - Versi Dikemaskini Untuk Pasaran Vietnam

Honda Vietnam Company (HVN) telah memperkenalkan Honda Winner X untuk model tahun 2022 ke dalam pasaran Vietnam. Model ini hadir dalam tiga varian iaitu Standard, Special dan Sports. Jentera untuk tahun 2022 ini telah disempurnakan dengan rupabentuk lebih mantap, sporty, aerodinamik dan terdapat beberapa ciri serba baru

Varian Sport.
Varian Sport.

Enjinnya masih lagi menggunakan spesifikasi sama. Winner X 2022 dijana dengan enjin bersesaran 149.1cc, silinder tunggal, DOHC dengan sistem penyejuk cecair. Jentera yang menggunakan sistem suntikan bahan api PGM-Fi ini menawarakan kuasa maksimum 11.5kW pada 9,000rpm dan torknya 13.5Nm pada 6,500rpm.

Varian Special.
Varian Special.

Di bahagian hadapannya memang terdapat perubahan jika dibandingkan dengan model Winner X 2021. Menerusi bahagian dadanya yang dilengkapi dengan sepasang dwi-lampu LED telah direka semula agar tampak lebih agresif. Selain itu, lampu isyarat di bahagian hadapan pula tidak lagi terkeluar, lampu tersebut telah disepadukan dengan fairing sisinya yang serba baru. Manakala bahagian belakangnya kelihatan lebih slim berbanding model sebelum ini.

Varian Standard.
Varian Standard.

Sistem ekzosnya turut diperkemaskan dengan gaya rekaan terbaru. Sudut corong ekzosnya pula direndahkan sebanyak 20 darjah untuk memberi keselesaan buat pemilik, pembonceng dan pengguna kenderaan yang lain. Kesemua varian Honda Winner X ini juga hadir dengan sistem kunci pintar. Manakala ciri-ciri seperti soket pengecas USB, sistem ABS dan rantai jenis O-ring hanya terdapat pada varian Special dan Sports.

Antara ciri-ciri lain yang terdapat pada jentera ini seperti paparan meter digital, saspensi hadapan jenis fork teleskopik, penyerap hentak tunggal di bahagian belakang, brek-brek jenis cakera, berat 122kg dan tangki bahan api 4.5 liter.

Sistem ABS hanya untuk varian Special & Sports.
Sistem ABS hanya untuk varian Special & Sports.

Honda Winner X 2022 dijangka akan berada di pasaran Vietnam pada awal tahun 2022.

  • Sports: 50,490,000 VND (RM9,256.14), warna (Red/Black)
  • Special: 49,990,000 VND (RM9,164.48), warna (Black gold, Red/Black/Green & Silver/Black/Green)
  • Standard: 46,090,000 VND (RM8,449.51), warna (Black, Black/White, Red/Black & Black/Silver)

Soket pengecas USB hanya terdapat pada varian Special & Sports.
Soket pengecas USB hanya terdapat pada varian Special & Sports.

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

Honda global melancarkan model serba baharu iaitu CRF1150L Africa Twin Enduro Sports.

Warta Roda

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Boon Siew Honda Sdn. Bhd. memperkenalkan Honda ADV160 Trico Edition dengan Honda RoadSync, yang menampilkan corak warna merah, putih dan biru yang telah membawa semangat perlumbaan Honda sejak sekian lama.

Warta Roda

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Haramoto-san merupakan Ketua Projek Utama (Large Project Leader, LPL) di Honda yang mengetuai pembangunan CB1000F; sebuah motosikal jalanan gaya retro yang mengambil inspirasi daripada jentera lumba ikonik milik ‘Fast Freddie’.

Model Baru

Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

Ducati terus menhangatkan pasaran superbike dengan melancarkan Panigale V4 S 2027, sebuah jentera sport yang menggabungkan enjin Desmosedici Stradale V4, Sistem Saspensi Elektronik Öhlins dan rekabentuk aerodinamik yang diinspirasikan daripada dunia perlumbaan.