RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 4 Februari 2022

Honda Eropah Tampilkan CB300R Serba Baru

Honda Eropah telah melancarkan model jalanan, CB300R baru yang hadir dengan beberapa penambahbaikan untuk prestasi lebih mantap serta kepuasan tunggangan dalam apa jua keadaan.

Antara perubahan paling ketara untuk model 2022 ialah menerusi kualiti sistem saspensi hadapan Showa Separate Function front Fork Big Piston (SFFBP) 41mm jenis terbalik (kualiti yang sama seperti yang dilengkapkan pada CB650R dengan kadar spring dan redaman yang berbeza). Selain itu, model baru ini juga didatangkan dengan sistem ABS yang dikawal oleh unit Inertial Measurement Unit IMU.

CB300R memiliki rekabentuk Neo Sports Cafe cukup unik yang kini didatangkan dengan bahan buatan pelana yang lebih empuk dan selesa. Sistem pencahayaan model ini kesemua jenis LED yang memberi 'kesan' lebih canggih dan terkini.

Panel meter digital telah direka dengan memastikan ia bukan sahaja cantik tetapi fungsi sangat jelas serta praktikal buat penunggangnya. Ia memaparkan tahap kelajuan, putaran rpm, tahap bahan api, jam, penunjuk tongkat, posisi gear, jarak perjalanan dan banyak lagi.

CB300R disempurnakan dengan enjin 286cc, sistem penyejuk cecair yang berkuasa 22.9kW pada 9,000rpm dan tork 27.5Nm pada 7,750rpm. Honda jalanan ini juga kini berpiawaian Euro 5.

Untuk prestasi lebih mantap, model baru ini dilengkapi dengan sistem Assist/Slipper Clutch, sistem transmisi 6 kelajuan yang memiliki nisbah gear cukup mantap. Bagi mereka yang minat untuk kembara, CB300R menawarkan posisi menunggang natural serta penggunaana bahan api yang menjimatkan (isi tangki:10 liter). RR

Isu Pada

Mac 2022

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

Model kembara mewah, Brixton K750GT bakal masuki pasaran negara.

Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

Model Baru

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

KTM 790 Duke 2027 dikatakan akan di bawa masuk ke pasaran negara tahun hadapan.

Model Baru

BMW 450RR Dilancarkan. Hadir Dengan Pakej Cukup Menarik!

Tapi kali ini, BMW bawa sesuatu yang lebih kecil ke dalam keluarga RR mereka menerusi BMW F 450 RR, sebuah motosikal sport bersaiz sederana yang tampil dengan enjin 420cc, dua silinder (parallel-twin) dan sistem sejukan cecair.