RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 12 April 2022

Harley-Davidson Malaysia Perkenalkan 3 Model Terbaru

Harley-Davidson Malaysia dengan bangganya melancarkan tiga buah model serba baru yang memiliki rekabentuk dan spesifikasi cukup mantap. Dua model yang berada di bawah segmen Grand American Touring ialah Street Glide ST dan Road Glide ST manakala untuk segmen Cruise pula ialah model Low Rider S.

Dari kiri: En. Juan Chow Wee, En. Goh Kian Sin dan En. Koh Jyh Wei melancarkan tiga model terbaru Harley-Davidson.
Dari kiri: En. Juan Chow Wee, En. Goh Kian Sin dan En. Koh Jyh Wei melancarkan tiga model terbaru Harley-Davidson.
H-D Street Glide ST 'kiri' dan Low Rider S.
H-D Street Glide ST 'kiri' dan Low Rider S.

Tema untuk tahun 2022 ialah “Further. Faster.” Pelancaran Road Glide ST dan Street Glide ST ialah langkah pertama H-D ke dalam barisan produk Grand American Touring berprestasi tinggi. Kedua-dua model baru ini lebih lincah dan lebih berkuasa dari sebelumnya. Tidak dinafikan terdapat para pencinta H-D yang bukan saja mahu menunggang santai di jalanan tetapi menjadikannya sebuah mesin prestasi.

H-D Road Glide ST
H-D Road Glide ST
H-D Road Glide ST
H-D Road Glide ST

Untuk itu, Street Glide ST dan Road Glide ST dilengkapi dengan enjin Milwaukee-Eight 117ci, 1,923cc yang memiliki kuasa setinggi 105hp pada 5,450 rpm dan tork 168 Nm pada 3,750 rpm. Dari segi rekabentuk, terdapat kesinambungan atau mirip dengan jentera perlumbaan suatu ketika dulu. Model ini datang dalam dua warna, Vivid Black dan Gunship Grey.

H-D Street Glide ST
H-D Street Glide ST
H-D Street Glide ST
H-D Street Glide ST

Harga untuk Road Glide ST bermula dari RM189,900.00 (Vivid Black) dan RM191,900.00 (Gunship Gray) manakala model Street Glide ST ditawarkan pada harga bermula RM182,900.00 (Vivid Black) dan RM184,900.00 (Gunship Gray).

Low Rider S pula memiliki karaktor tersendiri yang cukup istimewa. Terbaru, H-D menjanjikan model ini adalah sebuah jentera luar biasa, lebih ringan, lincah dan membawanya ke tahap yang baru.

H-D Low Rider S
H-D Low Rider S

Enjin model 2022 dinaikkan daripada 114ci kepada 117ci dengan tork memberikan tork 125ft. Seperti model Road Glide ST dan Street Glide ST, ia mempunyai ruang kemasukan udara yang besar dan sistem ekzos serta baru. Panel meter yang dahulunya diletakkan di bahagian tangki bahan api telah diubah ke bahagian bar hendal.

H-D Low Rider S juga hadir dalam warna iaitu Vivid Black yang berharga RM115,900 dan Gunship Grey (RM117,900). RR

H-D Low Rider S
H-D Low Rider S

Isu Pada

Mei 2022

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

Honda global melancarkan model serba baharu iaitu CRF1150L Africa Twin Enduro Sports.

Dari Litar

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marco Bezzecchi mencuri tumpuan apabila menjuarai Grand Prix Indonesia di Litar Antarabangsa Mandalika, sekali gus menghidupkan semula cabarannya dalam perebutan gelaran dunia MotoGP 2026.

Model Baru

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

CFMOTO Malaysia melancarkan 500SR sempena MotoGP Malaysia 2026.

Model Baru

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

HLYM secara rasminya melancarkan model supersport baharu iaitu YZF-R9.