RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 12 April 2022

KTM 250 Duke Baru Sudah Tiba di Pasaran

Ia digelar 'Thrill Chaser' yang akan membawa para penunggang ke dimensi baru khususnya bagi sebuah jentera yang memiliki kekuatan pecutan yang mengagumkan, sistem saspensi mantap, brek yang padu dan pengendalian paling tepat. Lebih mengujakan, KTM 250 Duke baru ini turut direka demi keselesaan penunggang sepanjang hari.

Jentera jalanan ini dilengkapkan dengan enjin 248.76cc, silinder tunggal, DOHC, empat lejang, sistem penyejuk cecair yang memiliki hantara kuasa 30hp (22.1 kW) pada 9,000rpm dan tork 25Nm pada 7,500rpm. Sistem suntikan bahan api yang dimiliki oleh KTM ini bukan sahaja meningkatkan tahap pecutan malah menawarkan kadar penjimatan pembakaran.

KTM 250 Duke didatangkan dengan lampu hadapan jenis LED beserta Daytime Running Light (DRL) yang terang di waktu siang mahu pun malam. Tangkinya bersaiz 13.4 liter telah direka dengan bentuk (lekukan) mantap untuk memberi keyakinan buat para penunggangnya mengepit lebih selesa sewaktu meratah selekoh-selekoh tajam.

Kestabilan jentera ini datangnya dari kerangka jenis trellis yang direka sebaiknya untuk respon lebih tepat dan kawalan yang pantas. Turut menyumbang kepada prestasi tunggangan tentu menerusi tahap penyerapan fork hadapan USD jenis WP Apex dan penyerap hentak mono WP Apex di bahagian belakang. Cengkaman yang tepat sewaktu membrek datangnya dari brek hadapan jenis ByBre yang bersaiz 320mm lengkap dengan ABS.

Warna: Dark Galvano
Warna: Dark Galvano
Warna: Metallic Silver
Warna: Metallic Silver

KTM 250 Duke ini berharga RM21,500 - hadir dalam dua warna pilihan iaitu Dark Galvano + grafik jingga + rim berwarna jingga dan Metallic Silver dengan grafik dan rim berwarna hitam. RR

Isu Pada

Mei 2022

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Global: Honda CBR500R FOUR Serba Baru Diperkenalkan

Honda Eropah baru sahaja memperkenalkan model sport baru iaitu CBR500R FOUR yang kini hadir dengan enjin 4 silinder sebaris dan sistem E-Clutch yang sudah pasti menjanjikan kemantapan tunggangan di jalanan biasa, laluan berselekoh mahupun di dalam litar.

Warta Roda

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha Blu Universe pertama di Malaysia

Model Baru

Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

Ducati terus menhangatkan pasaran superbike dengan melancarkan Panigale V4 S 2027, sebuah jentera sport yang menggabungkan enjin Desmosedici Stradale V4, Sistem Saspensi Elektronik Öhlins dan rekabentuk aerodinamik yang diinspirasikan daripada dunia perlumbaan.

Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700